Khamis, 23 Februari 2023

APA JADI DENGAN KES AZAM BAKI


Pengawai kanan MBSA didakwa terima Vellfire


SEORANG penolong pengarah kanan Jabatan Kejuruteraan Majlis Bandaraya Shah Alam (MBSA) mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Shah Alam hari ini, atas pertuduhan menerima sebuah kenderaan mewah iaitu Toyota Vellfire 2.5, enam tahun lepas. 

Feroz Hanif Mohamed Ahmad, 47, sebagai seorang penjawat awam didakwa menerima untuk dirinya kenderaan itu yang bernilai RM325,000 daripada pengurus sebuah syarikat untuk perkara yang diketahui ada kaitan dengan tugas rasminya.

Lelaki itu didakwa melakukan perbuatan tersebut di pusat jualan kenderaan di Kampung Kayu Ara, Damansara Utama pada 14 April, 2017.

Dia didakwa mengikut Seksyen 165 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara maksimum dua tahun atau dengan denda atau kedua-duanya, jika sabit kesalahan.  

Hakim Rozilah Salleh membenarkan tertuduh dijamin RM20,000 dengan seorang penjamin serta syarat tambahan menyerahkan pasport kepada mahkamah dan melaporkan diri di Pejabat SPRM berdekatan setiap awal bulan.

Pendakwaan dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Mohamad Fadhly Mohd Zamry manakala tertuduh diwakili peguam Mohd Shahrullah Khan Nawab Zadah Khan.

Mahkamah menetapkan 24 Mac ini untuk sebutan semula kes. – Bernama, 23 Februari, 2023.

WOIT

HEBAT GEMPAQ

SPRM TANGKAP

SANA SINI

AMIN

INI AMAT BAIK

UNTUK NEGARA

AMIN

TAPI PELIK

APA JADI DENGAN

KES AZAM BAKI

AMIN

DULU HEBOH

PAKATAN MAHU 

AZAM BAKI 

DIREHATKAN

AMIN

APA SUDAH JADI

AZAM KINI

AMAT AKTIF

KHALAS

1 ulasan:

Ricesaffron@gmail.com berkata...

Cuba audit atau siasat berapa ramai penjawat awam ada guna toyota backfire dgn toyota alafat dan kereta mewah jenama org german , rumah mahal mahal, selalu pergi makan angin dan umrah, mcm mcm lagi,, tt lu pergi siasat lah, tanya mana datang itu modal,, itu cuepak hari hari minta duit mau bantu ini org semua joli,, adoiyaiiii tanya itu cuepak ada tengok itu rasuah ke