Khamis, 16 Februari 2023




APMM Kelantan lupus tujuh bot nelayan Vietnam

PASIR PUTEH – Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM) Kelantan melupuskan tujuh bot nelayan Vietnam yang telah dilucut hak oleh mahkamah secara penggelaman untuk dijadikan tukun tiruan pada jarak 5.3 batu nautika dari Kuala Besar, Kota Bharu semalam.

Pengarahnya, Kapten Maritim Syed Nor Adli Syed Ab Rahman berkata, tiga daripada bot yang ditenggelamkan merupakan bot nelayan asing yang menggunakan nombor bot tempatan untuk mengaburi  mata penguat kuasa.

Katanya, kesemua bot yang dilupuskan merupakan bot yang telah ditahan dalam Op Naga Barat, Op Kuda Laut dan Op Damai pada tahun 2021.

“Penahanan tujuh bot ini turut melibatkan tahanan ke atas 58 kru termasuk tekong warga Vietnam dengan rampasan tujuh bot; 1,700 ikan pelbagai jenis; 1,300kg ikan baja; 50kg gamat; 150kg sotong kering dan sejumlah 27,800 liter diesel termasuk peralatan navigasi serta peralatan menangkap ikan yang dianggarkan bernilai RM7.1 juta.

“Kesemua kru termasuk tekong disabitkan dengan kesalahan di bawah Seksyen 15 (1) (a) Akta Perikanan 1985 kerana menangkap ikan tanpa kebenaran Ketua Pengarah Perikanan Malaysia dan boleh dihukum di bawah Seksyen 25 (a) Akta Perikanan 1985,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Mengulas lanjut, Syed Nor Adli berkata, nilai denda mahkamah bagi kesemua yang ditahan berjumlah RM12.5 juta, namun kesemua kru bot dan tekong memilih untuk dipenjarakan yang tempoh hukuman penjara antara lima hingga lapan bulan.


LANGKAH AMAT

TEPAT

AMIN

LAGI TEPAT

IKUT CARA

INDONESIA

AMIN

KHALAS



Tiada ulasan: