Ahad, 12 Februari 2023

LEMBAGA ISLAM PUN RASUAH


SPRM perlu telus siasat dakwaan rasuah MAINS – UMNO Rembau


SEREMBAN – UMNO Bahagian Rembau mendesak Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) lebih telus menjalankan siasatan berhubung dakwaan penyelewengan membabitkan wang zakat Majlis Agama Islam Negeri Sembilan (MAINS).

Ketua Penerangan UMNO Bahagian, Shukri Shamsudin berkata, desakan itu dibuat susulan kenyataan mengelirukan daripada pihak SPRM berhubung isu terbabit.

“Selepas membaca pendedahan dalam laman sosial baru-baru ini, saya telah bertindak dan hadir ke pejabat SPRM di Putrajaya untuk membuat laporan pada 7 Februari lalu.

”Tetapi saya diberitahu tiada satu dokumen laporan mengenai kes terbabit dikesan atau diterima oleh SPRM.

“Kemudian dua hari selepas itu Pengarah SPRM Negeri Sembilan, Awangkok Ahmad Taufik Putra Awg Ismail dalam satu kenyataan mendakwa pihak SPRM telah menerima laporan pada 2019 dan selesai menyiasat pada tahun sama dengan keputusan tiada unsur rasuah berlaku,” katanya kepada pemberita di sini, hari ini.

Dalam satu kenyataan kepada MalaysiaGazette, kata Shukri, kenyataan Awangkok pada Khamis lepas agak mengelirukan serta menggambarkan seolah-olah SPRM mengambil mudah isu berkenaan walaupun jumlah wang zakat itu agak besar.

Seandainya perkara itu tidak mendapat maklum balas yang sepatutnya maka pihaknya akan mula mengumpulkan memorandum daripada pelbagai pertubuhan bukan kerajaan (NGO) di Negeri Sembilan bagi menyatakan solidariti dan sokongan akan usaha membersihkan semula imej serta maruah institusi agama Islam.

“Saya dan rakan-rakan dalam NGO yang ada akan memantau perkembangan isu terbabit secara dekat dan tidak menolak kemungkinan akan memohon menghadap Yang di-Pertuan Besar Negeri Sembilan serta Undang yang Empat bagi meminta campur tangan mereka,” tegasnya.


Sebelum ini media melaporkan Menteri Besar, Aminuddin Harun menyerahkan kepada pihak berkuasa untuk menjalankan siasatan berhubung dakwaan berlaku salah laku dan rasuah dalam MAINS.

Ketua Polis Negeri Sembilan, Dzaffir Mohd Yussof turut memberitahu kes terbabit masih dalam siasatan polis mengikut Seksyen 409 Kanun Keseksaan iaitu pecah amanah.

Pada masa sama, MAINS menafikan tohmahan itu dan menyifatkan ia adalah fitnah yang disebar melalui media sosial.

Susulan daripada itu, SPRM Negeri Sembilan pula mendakwa siasatan berhubung isu dakwaan penyelewengan wang zakat melibatkan MAINS tidak menemukan sebarang unsur kesalahan jenayah rasuah di bawah Akta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) 2009.

WOIT

LEMBAGA ISLAM NI

RASUAH ATAU

DAPAT SEDEKAH

KAH KAH KAH

KALAU ADA

YG MEMINTA

KETELUSAN

MAKNANYA SIASATAN

TAK TELUS

AMIN

TERUTAMA 

YG MINTA

GEROMBOLAN

KAH KAH KAH

MEREKA PAKAR

DALAM HAL CURI

DUIT DAN RASUAH

KAH KAH KAH

AMIN

2 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

Hebat org islam nie. lu buat, lu sendiri kasi jongket... Itu geng tokong, belakang gengster pun tak berani kasi jongket... Sbb melayu pun buat jahat, lari masuk tokong... Wakaka... Takpun masuk jirat, mcm tt...

Tanpa Nama berkata...

SPRM telus lagu mana ? Ikan bilis boleh kena pakai baju orange, jerung pakai kot lagi kah ? Inikah telus putih suci murni? Saja tanya jangan marah, siapa kena siapa tak kena siapa bagi tahu? Kah kah kah baju orange ada.lagi tak???