Isnin, 13 Februari 2023

POLIS JURU SELUDUP


Koperal polis didakwa seludup 29 migran warga Myanmar 

SEORANG anggota polis berpangkat koperal dihadapkan ke Mahkamah Sesyen di Kota Bharu hari ini atas dua pertuduhan melakukan penyeludupan membabitkan 29 migran warganegara Myanmar pada Januari lepas.

Syed Shaifful Amri Syed Solihuddin, 38, didakwa menyeludup semua migran berkenaan yang berusia lingkungan 19 hingga 47 tahun di dua lokasi berbeza pada 16 Januari lalu.

Bagaimanapun, tiada pengakuan direkodkan daripada tertuduh ketika dibacakan di hadapan Hakim Mohd Zul Zakiqudin Zulkifli kerana kes itu di bawah bidang kuasa Mahkamah Tinggi. 

Bagi pertuduhan pertama, Syed Shaifful Amri didakwa menyeludup tujuh lelaki dan enam wanita migran warga Myanmar di dalam sebuah motovan jenis Daihatsu Gran Max di hadapan Ibu Pejabat Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia Negeri Kelantan, Tunjong di Kota Bharu kira-kira 1.30 pagi.

Sementara itu, bagi pertuduhan kedua Syed Shaifful Amri didapati menyeludup 15 lelaki dan seorang migran wanita warga Myanmar di sebuah rumah inap desa, Jalan Pintu Geng Hulu di Kota Bharu kira-kira 9.45 pagi.

Bagi kedua-dua pertuduhan itu, Syed Shaifful Amri didakwa di bawah Seksyen 26B(d) Akta Antipemerdagangan Orang dan Antipenyeludupan Migran 2007 yang merupakan kesalahan keselamatan di bawah Akta Kesalahan Keselamatan (Langkah-langkah Khas) 2012.

Jika disabitkan kesalahan, anggota polis itu boleh dihukum penjara seumur hidup atau minimum lima tahun dan boleh dikenakan sebatan.

Pendakwaan dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya Nursyafiqah Mohamad manakala tertuduh tidak diwakili peguam dan mahkamah menetapkan 22 Mac sebagai tarikh deposisi (keterangan migran). – Bernama, 13 Februari, 2023.

KOPERAL POLIS

YANG HEBAT

KAH KAH KAH

BUBUH KAT

MANA 29 ORANG

KAH KAH KAH

DALAM POKET

ATAU DALAM KOTAK

KAH KAH KAH

DAPAT BURIT

DAPAT BUNTUT

DAPAT DUIT

DAPAT APA?

KAH KAH KAH

KONGSI SE BALAI

ATAU MAKAN

SORANG

KHALAS

1 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

Ramai masih ada, ramai lagi belum kena tangkap, diam diam berisi, luar nak tunjuk power, konon tegas adil saksama, belakang kawan kawan orang jahat, tauke ada penjudi ada pelacur ada kah kah supaya hidup senang kah kah kah akhirnya akan kantoi kantoi belaka kah kah kah