Isnin, 13 Februari 2023

SEMUA AGAMA SAMA - TAK PERLU DIHINA



Laporan polis dibuat ke atas penceramah hina agama Hindu


BEBERAPA laporan polis telah dibuat ke atas seorang penceramah bebas Islam kerana menghina dan mengeluarkan kenyataan menghina agama Hindu walaupun dia sudah membuat permohonan maaf, kata Persatuan Hindu Agamam Ani Malaysia.

Pengerusinya Arun Dorasamy mengesahkan setakat ini tujuh laporan polis dibuat terhadap Wadi Annuar Ayub selepas penceramah itu menyifatkan penganut Hindu yang meraikan Thaipusam melakukan “sembah syaitan” dalam sebuah video ceramah tular.

“Beberapa laporan dibuat di Sentul, Jelapang (Perak), Sungai Petani (Kedah) dan Iskandar Puteri (Johor) terhadap penceramah itu kerana menghina agama Hindu,” kata Arun kepada The Malaysian Insight.

“Komen sebegitu menghina kepercayaan agama lain yang memerlukan siasatan,” tambahnya.

Dalam satu video ceramah di Melaka, Wadi Annuar mengulas klip video Thaipusam yang dihadiri orang Melayu.

Dia kemudiannya memberi amaran untuk penganut Islam supaya tidak terlibat dalam majlis keagamaan kaum lain, seterusnya menyifatkan perarakan Thaipusam adalah majlis “sembah syaitan.”

Penceramah itu hari ini yang mempunyai lebih sejuta pengikut di Facebook mengeluarkan kenyataan maaf, mengakui kesilapan menggunakan istilah “sembah syaitan” itu.

“Saya memohon maaf kepada seluruh masyarakat India beragama Hindu di atas kenyatan tersebut dan saya juga ingin menjelaskan bahawa saya tidak berniat untuk menghina atau menyinggung perasaan mana-mana penganut agama lain,” katanya.

Arun bagaimanapun berkata jumlah laporan polis yang dibuat menunjukkan penganut agama Hindu tidak bersedia lagi memaafkan Wadi Annuar.

“Trend mengucapkan sesuatu yang menghina dan kemudian memohon maaf semakin menjadi-jadi sekarang. Kami tidak boleh menerima permohonan maafnya kerana dia menghina agama dan kepercayaan kami,” tambah Arun.

Menurutnya lagi, semua agama termasuk Hindu dan Islam berhak dihormati semua pihak.

Selain kumpulan Hindu Agamam Ani, beberapa kumpulan lain turut membuat laporan polis terhadap Wadi Annuar. – 12 Februari, 2023.




SEMUA AGAMA

SAMA

AMIN

MEMINTA 

PENGANUT

BERBUAT BAIK

AMIN 

TAK  PERLU

HINA YANG INI

YANG ITU

AMIN

NANTI SAMA SAMA

TERBARAI

KAH KAH KAH

KHALAS

1 ulasan:

panglimo potaseh berkata...

Hoi TaT .. suka2 kamu ckp hindu, cina sembah setan ..sembah setan pon, kau penah dgr murid sekolah hindu, cina rabak puki dan terkeluar tali bontot sebab di sontot oleh guru mereka ..