Isnin, 13 Mac 2023

FAHMI REKRUT ALLAH


Tak pernah arah tutup akaun media sosial, ia fitnah dan saya tuntut di akhirat – Fahmi

JOHOR BAHRU –  Tohmahan kerajaan mengamalkan pentadbiran kuku besi merupakan tohmahan musuh politik kepada Perdana Menteri,  Anwar Ibrahim.

Menteri Komunikasi dan Digital, Fahmi Fadzil berkata, amalan kuku besi yang tidak membenarkan kebebasan bersuara tidak diamalkan dan ia dikukuhkan lagi apabila tiada sebarang akaun media sosial diarah tutup oleh kerajaan.


Namun kebebasan bersuara bukan melibatkan kenyataan atau perkongsian berunsur fitnah.

“Memang betul kita boleh posting di Facebook tetapi kalau hantaran kita itu adalah fitnah maka kita boleh ditahan. Jikalau kita membuat ugutan kita boleh ditangkap.

“Jadi saya tegaskan hak untuk bersuara itu ada dan sesiapa yang berkata kerajaan ini bersifat kuku besi itu semua adalah fitnah belaka.

“Kita (kerajaan) masih terbuka dan setakat saya menjadi menteri, saya tidak pernah arahkan satu akaun pun ditutup. Tidak ada dan jika ada sesiapa yang membuat tuduhan liar seperti itu, semuanya adalah fitnah belaka semata-mata dan saya akan tuntut di akhirat nanti,” katanya yang juga Pengarah Komunikasi Pakatan Harapan.

Beliau berkata demikian dalam sidang media selepas menyantuni mangsa banjir di Dewan Raya Kampung Sungai Tiram, Ulu Tiram, di sini hari ini.

Turut hadir, Ahli Parlimen Tebrau, Jimmy Puah Wee Tse.

Fahmi yang juga merupakan Ahli Parlimen Lembah Pantai menasihati orang ramai untuk sentiasa peka dalam perkongsian di platform media sosial.

Sementara itu, ketika diminta mengulas mengenai insiden kumpulan popular Indonesia iaitu Radja Band yang menerima ancaman bunuh selepas selesai mengadakan konsert di Stadium Tertutup Arena Larkin, Sabtu lalu – pihaknya memandang serius soal keselamatan melibatkan artis termasuklah penggiat seni luar negara.

“Berhubung kejadian tersebut, kita serahkan sepenuhnya siasatan kepada pihak polis dan dimaklumkan ada beberapa individu telah ditahan,” jelasnya.

WOIT

FAHMI NI

DAH JADI

KAKI TANGKAP

ORANG

KAH KAH KAH

LEBIH RAMAI

DARI SAIFUDIN

MENTERI KDN

KAH KAH KAH

DULU ISA SAMAD

NAK JUMPA

LEPAS MATI

SAPA TAK UNDI DIA

DI PADANG MASHAR

KAH KAH KAH

HARI INI FAHMI

NAK JUMPA 

DI AKHIRAT

KAH KAH KAH

WOIT

BERAPA BILON

ORANG DI AKHIRAT

KAH KAH KAH

NAK JUMPA 

MACAM MANA

NAK KENAL MUKA

KAH KAH KAH

INI MESTI

FAKES NEWS

TOK ARAB

KAH KAH KAH

KHALAS

Tiada ulasan: