Ramasamy nafi dakwaan tidak dicalonkan dalam PRN
KUALA LUMPUR – Timbalan Ketua Menteri II Pulau Pinang, P. Ramasamy menafikan dakwaan bahawa beliau tidak akan diletakkan sebagai calon dalam pilihan raya negeri (PRN).
Timbalan Pengerusi DAP Pulau Pinang itu berkata, beliau masih ingin berkhidmat kepada parti selama satu penggal lagi.
Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Perai sejak tahun 2008 itu berkata, senarai nama yang berpotensi untuk menjadi calon masih belum diserahkan kepada kepimpinan pusat DAP.
“Saya ingin berkhidmat kepada parti saya selama satu penggal lagi. Saya telah nyatakan ini secara terbuka.
“Saya percaya ketua menteri (Chow Kon Yeow) belum buat sebarang keputusan. Saya serahkan kepada parti untuk membuat keputusan,” katanya kepada Malaysiakini.
Menurut Ramasamy, beliau memiliki hubungan yang baik dengan Kerajaan Persekutuan.
Malah, dakwa beliau, sikapnya yang lantang bersuara dalam beberapa itu tidak bermakna dia menentang kepimpinan parti.
Ramasamy dilaporkan terkejut dengan berita daripada sebuah media tempatan bahawa kononnya dia akan digugurkan sebagai calon dan tidak berpeluang untuk mempertahankan DUN Perai pada PRN nanti.
Media terbabit membayangkan, pemimpin DAP akan meminta Ramasamy untuk berundur daripada menjadi wakil rakyat.
Ia sebagai sebahagian daripada usaha DAP memperkenalkan wajah baru dalam barisan calonnya.-
2 ulasan:
Ada Ramasamy ada Ular .. Guan Eng nak pukoi sapa dulu ..
Atok ini cari perhatian sudah ada desas bin desus dia akan kena buang, dia buat cerita awal, nanti nafi nanti keluar kah kah kah ini cara politikus kita, boleh nampak, kalau nafi kalau kata tidak kalau kata suci, sebenarnya Atok ini nasib saja masuk Penang, untung dia lah dapat jawatan Timbalan Ketua Menteri pun, tapi ego tak sedar diri, ingat Prof Kangkung UKM bijak semua hal kah kah kah, siapa nak tanggung biawak hidup, siapa berani? Tepuk dahi kah kah kah
Catat Ulasan