MAT REMPIT
DAN
POLITIKUS
Saya amat yakin Mat Rempit dan Politikus dalam Malaysia ini sama. Tidak ada beza antara Politikus dari PKR, BERSATU, PAS, United Malaya National Organisation atau pun DAP dengan Mat Rempit. Semua sama.
Mat Rempit dan Politikus adalah sama?
Apakah tulisan ini berniat untuk menghina Mat Rempit dengan menyamakan mereka dengan sepesi yang di kenali sebagai Politikus.
Sabar dahulu. Ini bukan satu penghinaan. Ini hanya sebagai contoh perbandingan. Justeru jangan gopoh. Saya ada hujah yang tuntas.
Kenyataan saya ini saya pasak dengan hujah yang munasabah. Hujah saya lebih meyakinkan dari hujah peguam Najib yang cuba menutup kes Najib mencuri duit 1MDB.
Hujah saya ini berasaskan dari pemerhatian yang rapi. Dalam jargon akademik : ini kajian empirikal. Sang Penulis memerhati dan mengalami perkara itu berlaku.
Saya selalu nampak polis dan JPJ mengadakan sekatan jalan raya. Beberapa kali saya ternampak sekatan dijalankan di bawah laluan LRT Bangsar. Kadang-kadang saya ternampak sekatan polis di Jalan Syed Putra tidak jauh dari Istana Negara lama.
‘ Ini cari duit kopi...’ Ini komen yang saya dengar dari pemandu Grab yang saya langgan. Tapi tulisan ini bukan hal mata-mata cari duit kopi. Itu dalam kitab lain.
Sekatan jalan raya ini saya perhatikan menumpukan kepada yang bermotosikal. Yang berMercedez, yang berJaguar atau yang berHonda amat jarang di tahan. Mereka meluncur pergi.
Yang sangkut dan di periksa rapi oleh polis, polis trafik atau pegawai JPJ hanyalah yang menunggang motor. Majoritinya Mat Rempit.
Saya cukup yakin pihak polis akhirnya akan menemui satu kesalahan dari Mat Rempit ini.
Kalau pun ada lesen sah tapi cermin belakang tak ada. Ini salah. Kalau lesen ada, cermin belakang ada didapati tayar motor sudah licin. Ini satu kesalahan. Kalau tayar motor baru bertukar di dapati pula asap hitam keluar. Kalau asap bukan masalah tertiba lubang asap pula telah diubah suai.
Hakikatnya : kalau nak di cari salah pasti akan ditemui kesalahan. Mat Rempit ini akan bersalah. Ada seribu satu macam kesalahan yang boleh diwujudkan.
Ini sama dengan apa yang telah, sedang dan akan dihadapi oleh Sang Politikus. Ini sama dengan para YB. Ini sama dengan pemimpin parti atau dengan para Menteri.
Mat Rempit berhadapan dengan Polis dan JPJ. Manakala para politikus berhadapan dengan SPRM.
Peganglah mana-mana YB. SPRM siasatlah mana-mana menteri. Lakukan sama seperti Mat Rempit dengan polis pasti akan ditemui kesalahan.
Bila Menteri atau bekas Menteri dipegang oleh SPRM pasti ada kes. Pasti boleh di dakwa di mahkamah. Ada kes rasuah. Ada kes ubah wang haram. Dan ada kes salah guna kuasa.
Peganglah Hadi, peganglah Anwar, pegang To Mat, pegang Mat Sabu, pegang Hamzah, pegang Saifudin , pegang Daim, pegang Mahathir, pegang Sanusi, pegang Azmin , pegang Tony Loke, pegang Nga Kor Ming, pegang Zafrul, Takiyudin dan Tuan Ibrahim dan dan dan... -pasti boleh dicari kesalahan mereka.
Kalau hendak seribu dalil.
Kalau tak hendak seribu dalih.
Cabut bulu sehelai helai pasti akan terjumpa kesalahan. Macam motor Mat Rempit ada seribu satu macam boleh di dakwa.
Zahid, Syed Siddiq, Guan Eng, Bung Mokhtar dan Isa Samad adalah bukti terbaik untuk memperkukuh hujah saya. Semua sedang menunggu jatuh hukum.
Najib adalah bukti tersohor yang kini dalam penjara. Najib masih menghadapi banyak kes mengubah wang haram , salah guna kuasa dan menerima rasuah.
Ini hakikat.
Apa yang sedang berlaku dan sedang kita saksikan ialah kes Muhyidin. Untuk saya pada hemat saya apa yang sedang berlaku ini adalah watak dan ciri politik mengundi. Atau dalam Bahasa Inggeris : electoral poilitic.
Pada pandangan saya politik pilihan raya amat susah dan mungkin tidak akan dapat di pisahkan dari aktiviti salah guna kuasa, rasuah atau tumbuk rusuk.
Saya telah pernah menulis bab dalam portal ini.
Untuk memahami hujah Mat Rempit ini saya bawa kembali kepada sejarah kes Datuk Harun – bekas Menteri Besar Selangor yang ditahan pada tahun 1977. Datuk Harun didapati bersalah menerima rasuah dan a salah guna kuasa dari Hong Kong Shanghai Bank.
Dalam kes Datuk Harun ini saya terlibat secara tidak di rancang. Ini kerana pada tahun 1974 saya ialah Setiausaha Agong Persatuan Mahasiswa Universiti Malaya (PMUM).
PMUM menganjurkan debat dengan Datuk Harun tentang tanah balak di Bangi.
Ketika itu hutan dara tapak Universiti Kebangsaan di Bangi baru di buka. Pembalakan di Bangi ini dikatakan telah diberikan kepada kroni Datuk Harun.
Maka kes membalak di Bangi di besar-besarkan di media. Malah saya kali pertama di beri muka hadapan tajuk berita oleh Mingguan Malaysia – menduku Datuk Harun.
Saya yang anti United Malays National Organisation terus menabur minyak pada api yang sedang membakar. Saya lakukan ini secara sedar.
Tun Razak melihat Datuk Harun sebagai pencabar dan musuh politik. Dia membenarkan media membuat laporan terbuka mengutuk Datuk Harun.
Apa yang hendak apa sampaikan disini ialah kuasa politik, kuasa daulah – state and political power - dan jentera daulah boleh digunakan untuk memukul mati lawan politik.
Pemisahan antara YB pembuat hukum dengan pihak yang mengendalikan hukuman selalu diwarwarkan sebagai dua badan bebas.
Bebas tahik kucing.
Malaysia negara semi feudal maka semua boleh diatur - semua boleh di susun. Sudah masuk penjara boleh keluar dari penjara untuk mengentot kekasih atau jumpa bini muda . Semua boleh di susun.
Tidak yakin dengan apa yang saya tulis maka sila rujuk dengan Lebai Google kes Abdullah Ang. Ini bukan penglipur lara dari Hishamuddin Rais. Ini fakta bukan auta.
Kemudian kita tengok pula babak sejarah bagaimana kuasa daulah telah digunakan oleh Ghazali Shafie Menteri Dalam Negeri – di zaman Tun Razak.
Lihat bagaimana ISA telah digunakan untuk menangkap Abdullah Majid, Abdullah Ahmad dan Abdul Samad Ismail pada tahun 1976.
Tiga Abdul ini adalah sosok yang amat setia kepada Tun Razak.
Menteri KDN Ghazali Shafie ini bernafsu besar. Dia memasang niat untuk menjadi Perdana Menteri. Penyokong dan panglima setia Tun Razak wajib di ISAkan untuk memastikan kuasa datang ke pangkuan.
Jangan lupa satu lagi kes klasik di mana kuasa daulah dan jentera kerajaan boleh digunakan untuk membunuh musuh politik.
Kes ini : pada bulan Julai 1981 tiga hari sebelum 16 Julai – hari Mahathir mengangkat sumpah untuk menjadi Perdana Menteri ke 4. Pada hari itu Ghazali Shafie telah menangkap Siddiq Ghouse Setia Usaha Politik Mahathir atas tuduhan ajen kepada Rusia.
Kes-kes yang saya paparkan disini memperlihatkan bagaimana kuasa dan jentera daulah boleh dan telah digunakan untuk memukul musnah musuh politik.
Jangan sesekali lupa bahawa Zimbabwe di eja dengan Z. Manakala Malaysia di eja dengan M. Dua-dua ini adalah sama - Negara Dunia Ke Tiga.
Penangkapan dan pendakwaan ke atas kes rasuah Muhyidin ini wajib di sokong. Melawan rasuah adalah wajib dan betul.
Langkah kerajaan Pakatan Harapan melawan rasuah ini wajib dialu-alukan. Kalau tak sekarang bila lagi. Ketika berkuasa sila gunakan kuasa untuk melawan rasuah.
Ciss. Buat kerja lawan rasuah bila ada kuasa. Sudah takda kuasa shut the fuck-up.
Apa yang dilakukan oleh Anwar Ibrahim ini betul. Saya tidak tahu sama ada dia pernah membaca buku The Art of War oleh Sun Tzu (594-496 BC ). Walau apa pun dari apa yang Anwar lakukan dalam kes tangkapan Muhyidin ini betul-betul mengikut ajaran dan taktik perang Sun Tzu.
Sun Tzu mengajar : cara terbaik untuk bertahan ialah menyerang.
Maka Anwar telah menyerang Muhyidin dulu. Anwar tahu kerajaan Pakatan hari ini adalah kerajaan Titah Raja-Raja Melayu. Anwar tahu tanpa Raja Melayu kerajaan PMX ini akan runtuh.
Justeru bukan Muhyidin saja di serang. Awal wahid Wan Saiful gedebe Bersatu dan orang kuat Muhyidin juga di serang. Malah Haji Hadi juga di takut-takutkan dengan siasatan mata-mata.
Saya beri A1 kepada Anwar Ibrahim. Orang Belgium kata ‘ chapeau! ’.
Tuan Haji Hadi dari apa yang saya difahamkan tidak begitu fasih dalam bahasa Inggeris. Saya tidak tahu sama ada Hadi ada keupayaan membaca kitab Sun Tzu ini atau tidak.
Hadi dengan bangga lagi angkuh telah berlabun bahawa PMX ini akan jadi XPM. ‘...kerajaan ini boleh dijatuhkan dalam masa terdekat...’ Hadi berkata. Amin.
Sebenarnya ini satu kesilapan taktik.
Sun Tzu mengajar : Serang musuh ketika musuh tidak menyedari.
Hadi yang telah berlabun awal. Ini telah memberi masa untuk Anwar menggerakkan persediaan. Kini Anwar tahu apa yang tersirat dalam kata-kata Hadi.
Dari ucapan Muhyidin ketika di dakwa umum diberi tahu bahawa SPRM telah diarah dengan segera untuk melakukan pendakwaan ke atas Muhyidin.
Dipercepatkan siasatan, cepat tahan dan cepat dakwa.
Siapa beri arahan ini tak perlu saya tuliskan. Tahu sama tauge sudah memadai.
Malah kata-kata Muhyidin ini terbukti betul apa bila ada beberapa pegawai SPRM yang tidak bersedia malah di rasuah untuk tidak menyiasat kes Muhyidin.
Jangan lupa satu ketika dulu Azam Baki kepala SPRM telah diduku oleh Rafizi. Malah Pakatan Harapan ketika pembangkang mahu Azam Baki di lucutkan dari jawatan
Kini pastilah Azam akan menjadi pegawai yang amat setia kepada kerajaan Pakatan.
Apa yang ingin saya nyatakan disini ialah semua yang berlaku di hadapan mata kita semua ini sedang mewujudkan persepsi.
Politik ialah persepsi.
Umum dan orang ramai membaca bahawa Anwar melakukan tidakkan menahan Muhyidin kerana Hadi sedang merancang untuk menggulingkan kerajaan.
Langkah Hadi sedang diatur.
Malah untuk menambah cuka pada lawak : Hadi telah dipanggil ke Bukit Aman.
Tuan Haji Hadi Tok Guru pemimpin parti Islam PAS akan dipanggil kerana dilaporkan sedang merancang projek menggulingkan kerajaan PMX.
Kah kah kah.
Disini saya wajib ketawa hingga terkentut kerana PDRM terlupa bahawa tugas suci parti pembangkang. ialah untuk menggulingkan kerajaan. Semua pembangkang kiri atau kanan mahu menjatuhkan kerajaan.
Anwar nak jatuhkan Mahathir. Lim Kit Sing nak jatuhkan Hussein Onn. Jaffar Onn opps.. silap Onn Jaafar nak gulingkan Tengku. Datuk Asri Muda nak jatuhkan Tun Razak. Syed Husin Ali nak jatuhkan Razak, Husin Onn dan Mahathir.
Menggulingkan kerajaan adalah tugas utama parti pembangkang. Jika tidak lebih baik YB dari parti pembangkang ini menjual rangka ayam goreng di pasar malam. Kah Kah Kah.
Jelas politikus ini sama macam Mat Rempit. Motor yang ditunggang oleh Mat Rempit pasti akan membawa kesalahan.
Apa akan jadi dengan Muhyidin? Apakah Hadi akan jadi takut dan Langkah Hadi akan di batal?
Politikus juga memiliki perangai seperti Mat Rempit. Lihat Mat Rempit meniarap di atas motor. Perbuatan berani mati.
Politikus tidak meniarap atas motor tapi akan terus berani menerima duit sogokan. Kalau tidak ada duit akan mati kering tak ada modal untuk berkempen. Amin.
Politikus yang tak terima rasuah, yang tidak salah guna kuasa hanya politikus yang sudah wafat.. Amin (TT)
TULISAN INI JUGA
DISIARKAN DALAM PORTAL
THE MALAYSIANINSIGHT
https://www.themalaysianinsight.com/bahasa/s/433111
5 ulasan:
Oh patut lah perikatan guna khidmat mat motor bawa bendera, pandai jugak Mahiaddin ini ya, kah kah kah dapat elaun dapat isi minyak dapat makan free, tukar minyak hitam semua free, jadi mat motor kampung semua bawa bendera PN, bulan tidak peduli bintang asal diri lepas makan minum free, maka undi 18 dapat PN amin kah kah kah
Terbaik...salute sebab tak ada bab "bersambung"..bab bersambung ini serupa dengan labong kedai mamak.
Bukan mcm gitu tt, Hadi pun baca buku tu terjemahan Arab kan ada. Memang sikap Hadi ni kalau lu tengok dari dulu lagi, dia suka lawan arus tu, yang ajaibnya lagi dia lawan, lagi ramai sokong dia.
Pendek ceritalah, ramai dimomokkan dengan muhyidin jadi pm. Apa semua orang ingat Hadi takdak impian jadi pemimpin pas pertama jadi pm kah? Jeng jengjeng. Lalu bermulalah langkah Hadi, petik pmx,biar muhyidin dijemput sprm, kalau bersalah muhyidin saja dan geng bersatu, pas ada kena jemput sprm ke?? Akhirnya yang melayu percaya ialah pas. Melayu akan nampak bersatu ialah serpihan umno. Maka ,tinggalllah Hadi dan Anwar saja dalam pertarungan. Oppsss mahathir bukan tetiba jumpa Hadi Tau. Kahkahkah..
Tt, mat rempit ni ada baik ada jahat, politikus pun juga begitulah kan?
lu silap TT,lu underestimate hadi dgn pas. lu kene tgk geopolitik dunia, Russia Iran china form alliance. China negara komunis anti agama form dgn Russia dan Iran negara ada agama rasmi dlm perlembagaan depa. satu orthodox christian satu Syiah Islam. China tau hanya negara yg beragama saja yg 100% anti US dan sanggup lwn smpai mati, walaupun komunis China tu anti agama. Hadi ada senjata yg org liberal2 nie x nmpk, BRICS Russia China Iran.best bet China dlm politik msia nie dgn PN bukan dgn PH under anwar dgn DAP yg kompem2 pro US. parti2 cina msia bukan rakan kongsi China yg baguih sbb ada cina2 christian mcm hannah yeoh yg pro US dlm DAP dan MCA. gua bet tahun nie gak anwar jatuh tukor kerajaan PN.China akan mau Pn sbb kompem2 melayu dan islam anti US. lu jgn keji sgt org tua hadi tu,Iran dan China akan push Russia minx atok runding dgn PAS,lu tgk le nanti.lu jgn terkejut tiba2 ada MP PAS kosongkan kerusi bg atok bertanding jadik MP blk. cina2 sohai dlm DAP kutuk hadi pasei depa skg desperate tgk melayu udah unite,China lak dah caya pd depa2 cina sini.
Catat Ulasan