Sabtu, 15 April 2023

JIWA TERTEKAN


Wanita menangis atas jambatan tertekan bukan mahu bahayakan diri – Polis

KUALA LUMPUR – Seorang wanita di atas Jambatan Wawasan Presint 2 di Putrajaya semalam bukan berniat untuk membunuh diri sebaliknya hanya mahu menenangkan perasaannya sahaja.

Ketua Polis Daerah Putrajaya, Asisten Komisioner A. Asmadi Abdul Aziz berkata, siasatan mendapati wanita yang berumur 30-an itu tertekan kerana keputusan mahkamah ke atas satu tuntutan sivil tidak berpihak kepadanya dan dikehendaki sejumlah wang atas keputusan tersebut.

“Wanita tersebut telah pergi ke jambatan berkenaan lebih kurang 11 pagi semalam dan orang awam yang melalui jambatan tersebut melihat mangsa dalam keadaan menangis dan berjaya memujuknya.

“Pihak polis mendapat makluman daripada panggilan MERS 999 dan telah membawa wanita tersebut ke Balai Polis Presint 7 untuk siasatan lanjut,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Terdahulu, tular sebuah video TikTok yang menunjukkan wanita tersebut sedang menangis dan berada dalam keadaan mencurigakan di atas jambatan.

Menurut A. Asmadi, keluarga mangsa telah dipanggil untuk membantu siasatan dan kemudian dirujuk ke Hospital Putrajaya untuk menerima rawatan lanjut.

Susulan itu, beliau berkata, orang awam dinasihatkan agar tidak membuat sebarang spekulasi berkaitan kejadian itu dan menghubungi pihak berwajib sekiranya mempunyai sebarang masalah serta tidak mengambil tindakan secara melulu.

SUASANA RAYA

MERASA JIWA

TERTEKAN

AMIN

INI BIASA

APAKAN LAGI

JIKA SORANG DIRI

AMIN

KHALAS

1 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

Abang tt saorang diri pernahkah berasa tertekan? Saya rasa abang tt lebih kepada terhempap.
Terhempap oleh hantu kopek.
Amin