Rabu, 26 April 2023

KEMPEN PRN DAH MULA


Ini kempen PRN bukan rumah terbuka - Sanusi

ALOR SETAR - Majlis Rumah Terbuka Malaysia Madani Bersama Perdana Menteri di enam negeri dianggap sebagai program kempen Pilihan Raya Negeri (PRN) dan tidak wajar diadakan.

Menteri Besar Kedah,  Sanusi Md Nor berkata, ini kerana program terbabit melibatkan kos yang tinggi sedangkan kerajaan Persekutuan sebelum ini menguar-uarkan supaya langkah penjimatan dibuat oleh semua pihak.

Katanya, seharusnya jamuan rumah terbuka Aidilfitri diadakan di satu saja lokasi iaitu di Seri Perdana atau di sekitar Putrajaya seperti kelaziman sebelum ini.

"Ini program kempen pilihan raya bukan rumah terbuka tetapi ambil kesempatan daripada Aidilfitri apa program sesuai nak buat kempen? Maka buat rumah terbuka.

"Kita bukan nak halang rumah terbuka kepada orang ramai tetapi sebagai kerajaan yang cakap tentang langkah jimat cermat, tak payah buat program besar-besar, itu bertentangan dengan diri mereka sendiri," katanya ketika sidang media selepas menghadiri Program Ramah Mesra Aidilfitri Mahasiswa bersama Menteri Besar Kedah di Dewan Sri Mentaloon di sini pada Ahad.

Menurutnya, penglibatan beberapa kementerian dalam penganjuran program terbabit juga tidak sepatutnya berlaku.

"Enam negeri ini saya dah maklum lama guna kementerian seperti di Kedah, Kementerian Dalam Negeri (KDN) terlibat.

"Kenapa guna kementerian untuk rumah terbuka, kementerian pun tidak ada bajet khusus untuk buat rumah terbuka," katanya.

Muhammad Sanusi menambah, semua tindakan politik terbabit dapat dinilai sendiri oleh orang ramai.

"Semua tindakan politik ini pergi pada peti undi, rakyat akan nilai hang guna dana kerajaan dana kementerian buat program kempen pilihanraya untuk parti hang, itu tak betul," katanya.

Jelas Muhammad Sanusi, beliau bagaimanapun tiada kuasa untuk menghalang rumah terbuka itu diadakan di Kedah malah akan turut hadir bersama.

"Saya tidak ada kuasa nak halang, lagipun bagus untuk rakyat Kedah pi makan. Saya tak tau ada jemputan atau tak tapi itu rumah terbuka, jemput atau tak saya akan hadir sebagai orang Kedah," katanya.

Jabatan Perdana Menteri (JPM) dalam kenyataan sebelum ini memaklumkan  Anwar Ibrahim tidak akan mengadakan Rumah Terbuka sempena sambutan Aidilfitri 2023 pada 1 Syawal 1444H di kediaman rasmi beliau di Kompleks Seri Perdana, Putrajaya.

Menurut kenyataan itu, program anjuran JPM melalui Unit Penyelarasan Lonjakan Prestasi (PACU) selaku penyelaras utama itu diadakan di Kedah pada 29 April, Kelantan (12 Mei) dan Terengganu pada 13 Mei.

Selain itu JPM memaklumkan Perdana Menteri turut dijangka menghadiri tiga majlis rumah terbuka Aidilfitri yang dilaksanakan Kerajaan Negeri masing-masing iaitu di Selangor, Pulau Pinang dan Negeri Sembilan.

WOIT

INI KEMPEN PRN

DAH MULA

KAH KAH KAH

PASAI APA

PARTI ISLAM 

TAK BUAT 

SEMBAHYANG

HAJAT

AMIN

SEMBAHYANG 

HAJAT UNTUK

MENANG PRN

KAH KAH KAH

KHALAS

4 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

Apa pasal mahu takut woit? Senang saja adakan doa selamat, semua settle kan? Apa susah, kalau air tak ada doa, kalau air kotor dia, kalau rasuah boleh doa, kalau masuk SPRM doa jugak, kalau masuk penjara buat dia lagi, senang saja kan malah satu negara pas buat doa, semua bala hilang woit, jangan kalut wei, kah kah kah dah kalut pasai apa? Buat rumah terbuka dah kalut away ini kah kah kah

Tanpa Nama berkata...

Kalau jadi kerajaan kalau tak pakai jentera kerajaan itu BODOH namanya wak woit kah kah kah dulu sekolah pondok mana? Kah kah dulu jual lembu sambung belajar kan? Rugi jual lembu kalau belajar tak cerdik? Kah kah kah

albertmagic berkata...

sanusi ni nak takut apa, dia kan poster boy PAS

Tanpa Nama berkata...

Tidak Salah Perdana Menteri mengadakan rumah terbuka hari raya di enam buah negeri, iaitu di Kedah, Trengganu, Kelantan, Pulau Pinang, Negeri Sembilan dan Selangor jika perdana menteri gunakan wang parti sendiri iaitu wang PKR, wang Pakatan Harapan (PH) atau wang peribadi Perdana Menteri sendiri.
Kah kah kah orang kita sudah jadi pandai belaka, bekas PM curi billion digelar Bossku, PM tak ambil gaji, tapi kena hentam kiri kanan Saban hari, kenapa ? Sebab baik sangat kah orang kita? Atau rasuah tak boleh? Susah cari makan duit salah, Haram? Kah kah kah? Ada saja cari kesalahan orang lain, dulu semua pakai duit siapa ? Duit parti atau duit awam? Nak bagi makan berkira pulak kah kah kah hebat cerdik akan maju setiap masa kah kah kah