Rabu, 26 April 2023

RIBUT PETIR HUJAN LEBAT


Ribut petir, hujan lebat landa sembilan negeri

PETALING JAYA: Ribut petir, hujan lebat dan angin kencang dijangka melanda sembilan buah negeri sehingga jam 6 petang ini.

Ia meliputi empat negeri di Pantai Barat iaitu Perak yang melibatkan Kuala Kangsar, Kinta, Perak Tengah, Kampar, Hilir Perak, Batang Padang dan Muallim.

“Amaran dikeluarkan apabila terdapat tanda-tanda menunjukkan ribut petir dengan intensiti hujan melebihi 20 mm/jam yang hampir atau dijangka berlaku melebihi sejam.

“Amaran ribut petir adalah amaran jangka pendek yang sah dalam tempoh tidak melebihi enam jam untuk satu-satu keluaran,” kata Jabatan Meteorologi (MetMalaysia) dalam kenyataan.

Begitu juga dengan Selangor, Kuala Lumpur, Putrajaya, Negeri Sembilan (Jelebu, Seremban, Port Dickson, Kuala Pilah dan Jempol) serta Johor (Tangkak, Segamat dan Muar).

Selain itu, tiga negeri Pantai Timur turut dilanda ribut petir, hujan lebat dan angin kencang iaitu Kelantan (Kuala Krai dan Gua Musang), Terengganu (Hulu Terengganu dan Dungun) dan Pahang (Tanah Tinggi Cameron, Lipis, Raub, Jerantut, Bentong, Temerloh, Maran, Bera dan Rompin).

Ribut yang melanda Sabah pula adalah di Sipitang, Tenom, Kuala Penyu, Beaufort, Nabawan, Papar, Putatan, Penampang, Kota Kinabalu, Tuaran, Kota Belud, Tawau, Lahad Datu, Sandakan, Telupid, Kinabatangan dan Beluran.

Sarawak pula dilanda ribut di Kuching, Samarahan, Sri Aman, Betong, Sarikei, Sibu, Mukah, Bintulu, Miri dan Limbang. – 

CUACA BELUM

MENENTU

AMIN

PANAS HUJAN

RIBUT 

AMIN

INI WATAK 

KIAMAT IKLIM

KHALAS

1 ulasan:

panglimo potaseh berkata...

Kato ari tu paneh hinggo Ogos .. kek tompek den ujan ari2 .. banjir pong ..