Rabu, 12 April 2023

KIT SIANG TIBAI ANWAR

 




Kerajaan Perpaduan boleh musnah jika buat dasar bertentangan nilai asas – Kit Siang

KUALA LUMPUR – Kerajaan Perpaduan pimpinan Anwar Ibrahim boleh musnah dengan sendiri jika ia membuat dasar yang bertentangan dengan nilai-nilai asasnya.

Pemimpin veteran DAP, Lim Kit Siang berkata, unsur penting yang akan menentukan Ahli Parlimen Tambun itu dapat bertahan sebagai Perdana Menteri Malaysia ke-10 adalah sama ada UMNO dapat memainkan peranannya.

Katanya, UMNO berperanan menetapkan semula dan mengembalikan Malaysia kepada prinsip-prinsip asal sebuah negara Malaysia yang majmuk seperti yang termaktub dalam Perlembagaan dan Rukun Negara.

“Pandangan terhadap kerajaan perpaduan Anwar kelihatan positif, tetapi kerajaan ini perlu berhati-hati untuk tidak merosakkan dirinya sendiri dengan melaksanakan dasar-dasar yang bertentangan dengan nilai terasnya dan juga prinsip-prinsip asas pembinaan negara majmuk Malaysia yang didokong oleh empat presiden terawal UMNO,” katanya menerusi kenyataan hari ini.

Menurut Kit Siang, selain itu Anwar juga perlu memasuki Pilihan Raya Negeri (PRN) di Pulau Pinang, Selangor, Negeri Sembilan, Kedah, Kelantan dan Terengganu pada Julai atau Ogos ini untuk menegakkan prinsip-prinsip awal negara.

“Prinsip itu adalah demokrasi, kedaulatan undang-undang, tadbir urus baik, dan “perpaduan dari kepelbagaian” yang dibawa oleh tiga orang Perdana Menteri terawal negara, Tunku Abdul Rahman, Tun Razak, dan Tun Hussein Onn.

“Ini supaya Malaysia tidak menjadi sebuah negara teokratik, berpecah belah, gagal, dan kleptokratik menjelang ulang tahun ke-100 negara pada tahun 2057,” ujarnya. – 

WOIT

INI JELAS

KIT SIANG

TIBAI ANWAR

AMIN

INI KES NAK

BEBASKAN NAJIB

DAN ZAHID

AMIN

CAKAP BERLAPIK

TAPI JELAS

SATU AMARAN

KHALAS

Tiada ulasan: