Khamis, 6 April 2023

LAWAT SAUDI SEKALI LAGI


Lawatan Anwar ke Arab Saudi agak pelik, kata badan pemikir

Lawatan Perdana Menteri Anwar Ibrahim ke Arab Saudi pada bulan lalu yang mana beliau tidak disambut oleh pemimpin tertinggi negara itu amat pelik, kata Ketua Pegawai Eksekutif Institut Iris Syed Ahmad Israa Syed Ibrahim.

Beliau berkata, ini kerana Malaysia dan Arab Saudi setelah sekian lama mempunyai hubungan bilateral yang baik dan melaksanakan pelbagai siri pertemuan signifikan sebelum ini.

Justeru, Syed Ahmad berkata, Anwar sebagai seorang ketua negara, sepatutnya disambut oleh ketua negara yang dilawati dan bukannya mana-mana pegawai tidak setaraf dengan status beliau.

"Ketika Dr Mahathir Mohamad menjadi PM pada 2019, Mazlee Malik, menteri pendidikan ketika itu pun dapat berjumpa dengan Raja Salman untuk berbincang mengenai hubungan antara Malaysia dan Saudi dalam pendidikan," katanya kepada MalaysiaNow.

"Malaysia dan Arab Saudi ada banyak hubungan strategik seperti dalam isu minyak, pengurusan haji dan sebagainya.

"Tetapi apabila Anwar pergi, nampaknya perkara yang dibincangkan adalah perkara yang tidak strategik dan tak dapat pun berjumpa dengan Raja Arab Saudi."

Lawatan perdana menteri ke Arab Saudi antara 22 hingga 24 Mac lalu menimbulkan persoalan apabila beliau tidak bertemu dengan Putera Mahkota Mohammed Bin Salman yang juga merangkap perdana menteri negara itu.

Bagaimanapun Setiausaha Politik Perdana Menteri Ahmad Farhan Fauzi dalam satu kenyataan kemudian menjelaskan kerajaan Arab Saudi meminta lawatan tersebut dilanjutkan supaya pertemuan antara dua pemimpin negara itu dapat dilaksanakan.

Kenyataan itu turut menyatakan permintaan tersebut terpaksa ditolak memandangkan Anwar perlu menghadiri majlis berbuka puasa bersama Yang di-Pertuan Agong Sultan Abdullah Sultan Ahmad Shah selain dijadual berkunjung ke Kemboja dan China.

Institut Iris merupakan badan pemikir yang menghimpunkan peneliti-peneliti dalam bidang hubungan antarabangsa.

Bagaimanapun, Syed Ahmad berkata, walaupun lawatan Anwar ke negara lain selepas Arab Saudi dianggap berjaya, beliau masih perlu memberi penjelasan penuh kerana kunjungan itu mewakili rakyat Malaysia secara menyeluruh.

"Apabila perkara itu berlaku, memang bermakna ada masalah, jadi perlu ada penjelasan yang baik. 

“Ini bahagian yang ramai keliru, tetapi saya rasa beliau akan elak daripada menjelaskan perkara ini"

"Tak mungkin Wisma Putra tidak tahu jadual pergerakan pemimpin negara yang dikunjungi kerana ia adalah protokol dan tanggungjawab mereka mengetahui segala butiran sebelum PM mencecah bumi sana," kata Syed Ahmad.

Syed Ahmad bagaimanapun berpandangan bahawa lawatan ke Arab Saudi itu merupakan kehendak Anwar sendiri.

WOIT

JANGAN RISAU

TAHUN DEPAN

LAWAT SEKALI

LAGI

KAH KAH KAH

KALI INI BAWA

CIK SITI

KAH KAH KAH

ANAK RAJA SAUDI

SUKA BUAT KONSERT

AMIN

BAWA ROCK BAND

RAPPER  PENARI

YG NI MBS

AMAT  MINAT

KAH KAH KAH

NASHID NGAJI

BENDA BENDA NI

SAUDI DAH 

TAK MINAT LAGI

AMIN

F1  TIM BOLA

MBS AKAN SAMBUT

GILA GILA

KHALAS

Tiada ulasan: