Khamis, 27 April 2023

MAKANAN BAWA MUDARAT



CAP gesa haramkan etilena oksida dalam industri makanan


PERSATUAN Pengguna Pulau Pinang (CAP) menggesa Kementerian Kesihatan (KKM) mengharamkan etilena oksida, iaitu sebatian kimia yang boleh menyebabkan kanser, digunakan dalam industri makanan.

Ini berdasarkan laporan terbaharu dikeluarkan Jabatan Kesihatan Taipei yang menyatakan dua jenama produk mi segera Asia Tenggara didapati mengandungi etilena oksida, kata Presiden CAP Mohideen Abdul Kader.

Etilena oksida adalah karsinogen yang sering digunakan untuk membunuh makhluk perosak seperti serangga.

Mohideen berkata makanan segera lain yang terdapat di pasaran mungkin juga dicemari dengan karsinogen.

“Mengambil kira ketoksikan etilena oksida dan kekerapan yang berlaku dalam produk makanan di Malaysia, CAP menyeru KKM untuk melarang penggunaan etilena oksida sebagai fumigant (bahan pewasapan) dalam industri makanan.

“Makanan yang diproses juga perlu melalui ujian bagi mengesan kehadiran etilena oksida, terutamanya yang berasal dari negara yang masih menggunakannya,” kata Mohideen dalam kenyataan hari ini.

Awal minggu ini, Jabatan Kesihatan Taipei dilapor mendapati mi segera berjenama ‘Ah Lai White Curry Noodles’ dari Malaysia dan satu lagi ‘Indomie: Special Chicken Flavour’ buatan Indonesia, mengandungi etilena oksida yang juga sebatian kimia dikaitkan dengan penyakit limfoma dan leukemia.

Semalam, KKM mengarahkan dua produk itu ditarik balik dari pasaran. – 27 April 2023. 

RACUN DALAM

MAKANAN

AMIN

AIR GAS

MEK DOGAL 

KETUKI FRIED FAK

ADALAH MAKANAN

BAWA MUDARAT

KHALAS


Tiada ulasan: