Jumaat, 14 April 2023

MUSIM KEMARAU AKAN SAMPAI



Cuaca panas disebabkan pemanasan muka bumi, kata MetMalaysia

FENOMENA bahang cuaca panas yang melanda Semenanjung negara disebabkan pemanasan permukaan bumi akibat sinaran matahari dan taburan hujan yang kurang.

Ketua Pengarah Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) Muhammad Helmi Abdullah berkata setakat semalam suhu maksimum harian merekodkan 37 darjah Celcius melibatkan negeri-negeri utara Semenanjung dan pedalaman Kelantan dan Pahang.

“Fenomena ini dijangka tidak berlarutan terlalu lama disebabkan hujan dijangka berlaku di kebanyakan tempat dalam beberapa hari akan datang,” katanya ketika dihubungi Bernama hari ini. 

Oleh itu beliau menyarankan kepada mereka yang berkerja di luar bangunan supaya berhati-hati jika cuaca terlalu panas.

“Risiko akibat suhu yang terlalu tinggi atau gelombang haba adalah seperti dehidrasi, kekejangan haba, keletihan haba dan strok haba yang boleh memburukkan keadaan kesihatan seseorang,” katanya. 

Semalam MetMalaysia mengeluarkan amaran berjaga-jaga tahap satu di Kubang Pasu, Sik, Lipis, Jerantut, Bentong dan Jempol dengan suhu maksimum harian mencecah 35-37 darjah Celcius selama tiga hari berturut-turut. – Bernama, 13 April, 2023.



SEPERTI TELAH

DIJANJIKAN LEPAS

MUSIM HUJAN

MUSIM PANAS

SAMPAI

AMIN

AWAS !!!

KEMARAU AKAN

SAMPAI

KHALAS

1 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

Venice canal dry up, Jordan river dry up, banyak lagi tempat sudah jadi kering kontang, fenomena biasa atau tidak? Memang luar biasa tapi mana kesusahan semua ini? Cerita imagination memang banyak bagaimana kiamat akan sampai tapi kita kena lihat sendiri nanti, ke mana nak bawa semua jawatan pingat pangkat manusia apabila kiamat, para ular pulak akan jadi apa, adakah akan selamat? Manusia biasa akan hidup atau tidak kalau begitu ? Kah kah apa pun hari ini Masih hidup buat baik, jangan hasut jangan sikap agama melampau jaga mulut, jangan diri sudah tak payah sibuk mengatur orang lain, jaga diri sudah kah kah kah