Khamis, 20 April 2023

NEGARA INI SAPA PUNYA ?


Gengster lindungi peniaga asing di Pasar Borong KL, kata peniaga

PENIAGA Bangladesh dan Rohingya di Pasar Borong Kuala Lumpur sudah berani mengugut warga tempatan bagi mengelak aduan dibuat terhadap perniagaan haram mereka, kata peniaga.

Peniaga tempatan ini mendedahkan kepada The Malaysian Insight, tindakan mengugut peniaga tempatan termasuk pengerusi persatuan bukannya baru berlaku.

Peniaga yang enggan namanya disiarkan mendakwa, laporan polis sudah dibuat ke atas peniaga warga asing namun tiada tindakan keras diambil pihak berkuasa.

“Mereka sudah berani dan bagaikan kebal hingga boleh mengugut peniaga tempatan supaya tidak membuat aduan terhadap mereka.

“Mereka bertambah marah apabila kerajaan melalui Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) melarang warga asing bekerja dan berniaga dalam pasar borong,” katanya.

Beliau yang berpengalaman menjalankan perniagaan sejak 10 tahun lalu di pasar itu juga mengakui masih ada peniaga tempatan mengambil pekerja warga asing sebagai pekerja di pasar.

Bagaimanapun, jumlah pekerja asing itu sudah berkurangan berbanding sebelum Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) dilaksanakan.

“Sekurang-kurangnya ada 50-60 pekerja warga asing dalam pasar borong sekarang.

“Tetapi masalah utama kami adalah persaingan dengan peniaga asing di luar pasar borong yang menyebabkan perniagaan kami rugi,” katanya.

Seorang lagi peniaga R Subramaniam, 60, berkata kebanyakan peniaga asing di luar pasar borong menjual sayuran pada harga lebih murah berbanding mereka.

“Mereka sudah merampas majoriti pelanggan kami kerana bukan sahaja menjual lebih murah tetapi dijual secara borong dan juga runcit.

“Sepatutnya larangan pekerja asing menjalankan perniagaan yang patut dikuatkuasakan secara tegas,” katanya.

Beliau menyaksikan perkembangan yang berlaku sepanjang 25 tahun menjalankan perniagaan di pasar itu.

“Di dalam pasar borong sendiri, ada peniaga tempatan yang menyewakan ruang niaga kepada pekerja asing dari Rohingya.

“Macam mana kami hendak berniaga apabila peniaga asing yang kebal merampas pelanggan kami,” katanya.

Kata Subramaniam, surat aduan sudah banyak kali dihantar kepada pihak berkuasa namun apabila operasi dijalankan, maklumat akan bocor terlebih dahulu.

“Mereka bagai dilindungi daripada tindakan penguatkuasaan apabila maklumat operasi dibocorkan lebih awal dan kedai mereka akan ditutup pada hari kejadian.

“Malah, pernah juga pegawai DBKL yang dikepung kumpulan peniaga warga asing ini ketika operasi dijalankan. Mereka tidak takut dengan pihak berkuasa tempatan,” katanya.

Seorang lagi peniaga yang mahu identitinya dirahsiakan mendakwa kawasan berkenaan dilindungi gengster Bangladesh.

Lelaki itu mendakwa kegiatan haram itu mengutip wang perlindungan untuk dibayar kepada anggota penguatkuasa.

“Apabila peniaga warga asing menghadapi masalah seperti ditahan pihak berkuasa, biasanya gengster itu yang akan berunding dengan anggota penguatkuasa.

“Disebabkan itu, peniaga asing di luar pasar borong tidak takut untuk mengugut atau lawan dengan peniaga tempatan,” katanya.

Persatuan Pemborong Sayur-Sayuran Kuala Lumpur pula menegaskan, peniaga warga asing sudah tidak dibenarkan berniaga di dalam pasar borong mahupun di kawasan parkir pasar itu.

Presidennya Wong Keng Fatt berkata mereka masih mengesan warga asing itu berniaga di kawasan simpang keluar dan bangunan rumah kedai sekitar kawasan pasar.

“Bagi pekerja asing pula kami sentiasa memberi peringatan kepada peniaga supaya tidak menggajikan pekerja asing. Jika dikesan DBKL, lesen perniagaan mereka boleh dibatalkan.

“Persatuan juga ada membuat pemeriksaan di lot kedai secara berkala bagi memastikan tiada warga asing bekerja atau menjalankan perniagaan,” katanya.

Pasar borong itu kini menempatkan 216 peniaga sayur, 64 peniaga buah dan 168 peniaga ikan. – 20 April, 2023.

WOIT

NEGARA INI

SAPA PUNYA ?

AMIN

BUKAN SUSAH

NAK SELESAI

AMIN

BUAT  BALAI POLIS

DAN PEJABAT DBKL

BELAKANG PASAR

AMIN

KALAU TIDAK

BAHAYA AKAN

MEREBAK

AMIN

NAK TANYA

PENDATANG NI

HARAM KE HALAL?

AMIN

DARI MANA DAN

SAPY BEKAL BARANG

JUALAN MEREKA

AMIN

KHALAS

Tiada ulasan: