Isnin, 22 Mei 2023

KETUM SUMBER EKONOMI


Lelaki ditahan bersama 450kg daun ketum di Pahang

POLIS menahan seorang lelaki bersama daun ketum dianggarkan seberat 450 kilogram di Kampung Seberang Jelai, Kuala Lipis, Pahang pagi tadi, yang dipercayai rampasan daun ketum terbesar daerah itu setakat ini.

Ketua Polis Daerah Lipis Azli Mohd Noor berkata suspek berusia 33 tahun dan bekerja sendiri itu ditahan pada jam 6.45 pagi dan selain daun ketum, pihaknya turut merampas 400 botol berisi cecair hitam disyaki campuran ubat batuk dan dadah jenis kodein.

“Semua daun ketum dan cecair itu ditemukan dalam plastik hitam yang disimpan di muatan belakang sebuah pacuan empat roda yang berada di hadapan sebuah rumah tidak bernombor di kampung itu.

“Siasatan awal mempercayai suspek memperoleh semua barangan itu dari Sik, Kedah,” katanya menerusi kenyataan hari ini.

Azli berkata turut dirampas sebilah parang dan wang tunai RM550, menjadikan nilai keseluruhan rampasan RM11,050.

Suspek yang mempunyai 10 rekod kesalahan lampau termasuk curi, melakukan khianat dan menyebabkan kecederaan dengan sengaja, akan direman esok bagi siasatan lanjut.

Siasatan dijalankan mengikut Seksyen 39B Akta Dadah Berbahaya 1952, Seksyen 30 (3) Akta Racun 1952 dan Seksyen 6 (1) Akta Bahan Kakisan Letupan dan Senjata Bahaya 1958. – Bernama, 21 Mei, 2023.

DAUN KETUM

DARI SIK KEDAH

AMIN

TERBUKTI

DAUN KETUM

JADI SUMBER

EKONOMI

KAUM TANI

AMIN

MASA DAH TIBA

KETUM DI BEBAS

DARI AKTA

BAGINDA QUEEEN

AMIN

KHALAS

Tiada ulasan: