Ahad, 21 Mei 2023

MALIKUL MERASA PELIK


Pelik pemimpin Umno minta ahli sokong DAP, kata Muhyiddin


PENGERUSI Perikatan Nasional (PN) Muhyiddin Yassin bingung mengapa seorang pemimpin Umno mendesak ahlinya menyokong DAP.

Permintaan itu agak luar biasa, kata presiden Bersatu yang juga bekas ahli Umno selama hampir 40 tahun.

“Ini satu perkara yang pelik, jadi ia bergantung kepada sama ada mereka (ahli Umno) akan mempertahankan prinsip parti mereka. Ia satu arahan yang janggal,” katanya kepada pemberita semasa majlis rumah terbuka Hari Raya Aidifitri Pagoh di Johor hari ini.

Semalam, ahli Majlis Tertinggi Umno Ahmad Maslan dilaporkan menggesa penyokong Umno di enam negeri itu supaya mengundi calon DAP dalam usaha mengukuhkan kerajaan perpaduan.

Ahmad dipetik sebagai berkata ia adalah perkara yang wajar dilakukan memandangkan Umno adalah sebahagian daripada kerajaan.

Muhyiddin berkata, PN membuat kajian dan mendapati pada pilihan raya lalu, sokongan Umno kepada DAP tidak berlaku.

“Apa yang berlaku ialah mereka (pengundi) menyokong PN kerana perjuangan Umno tidak seperti dahulu,” katanya.

Ketika ditanya sama ada Ahmad bertindak kerana terdesak, Muhyiddin berkata sebarang tindakan yang dilakukan oleh pemimpin Umno sekarang khususnya presiden mengheret parti itu ke penghujung hayatnya.

“Mereka (Umno) berkata perkara yang bercanggah dengan perjuangan dan prinsip mereka. Saya tahu kerana saya pernah menjadi timbalan presiden parti… dan semuanya tidak selari dengan perjuangan asalnya.

“Pilihan raya negeri akan datang akan membuktikan majoriti orang Melayu tidak lagi menyokong Umno,” katanya.

Pulau Pinang, Selangor, Negeri Sembilan, Kedah, Kelantan dan Terengganu dijangka mengadakan pilihan raya negeri pada separuh kedua tahun ini. – 20 Mei, 2023.

WOIT

PASAL APA

MERASA PELIK

KAH KAH KAH

DULU MASA PRU14

BERSATU RAYU

AHLI DAP UNTUK

DAPAT UNDI

KAH KAH KAH

MALIKUL INI

CEPAT LUPA

KAH KAH KAH

AMIN

Tiada ulasan: