Beberapa orang hubungi saya, tawar Pas sertai kerajaan – Hadi
KUALA LUMPUR – Presiden Pas, Abdul Hadi Awang mengesahkan menerima tawaran supaya parti tersebut menyertai kerajaan.
Katanya, tawaran berkenaan dibuat oleh beberapa individu wakil Kerajaan Perpaduan yang ingin bertemu dengannya.
Beliau mendakwa tawaran berkenaan muncul kerana Pakatan Harapan (PH) khususnya PKR menyedari kedudukannya tidak kukuh apatah lagi jumlah kerusi Melayu parti itu tidak sebanyak Pas.
“Ada orang hubungi saya, beberapa orang ajak berjumpa dengan tawaran-tawaran supaya Pas menyertai kerajaan kerana jumlah Pas paling besar iaitu 43 kerusi. PKR 30 sahaja, dalam keadaan ini 19 kerusi PKR Melayu, DAP tiga orang Melayu, kerajaan didominasi oleh bukan Melayu.
“Dia nak ajak Pas tapi Pas duduk belakang bukan duduk di depan patutnya bila buat kerajaan yang paling besar memimpin,” katanya ketika sidang media selepas melancarkan buku Jejak Nabi Muhammad SAW di Pusat Dagangan Dunia (WTC), KL.
Meskipun terbuka mengadakan perbincangan dengan mana-mana pihak, namun Hadi menegaskan beliau tidak akan berganjak daripada perjuangan dan hala tuju Pas.
“Saya terbuka berbincang dengan sesiapa tapi mesti tidak lari dengan hala tuju, matlamat dan perjuangan kita,” ujarnya.
Baru-baru ini, Anwar Ibrahim menyuarakan hasratnya untuk kembali menjalinkan hubungan baik bersama Pas.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan