Jumaat, 19 Mei 2023

SELAMAT DATNAG COLDPLAY



Konsert Coldplay wajar diharamkan – Mufti Pahang


KUALA LUMPUR – Konsert  Coldplay wajar diharamkan berikutan sokongan kumpulan rock alternatif British itu kepada golongan lesbian, gay, biseksual dan transgender (LGBT).

Mufti Pahang,  Abdul Rahman Osman bertegas, umat Islam perlu menegah kegiatan mungkar dan perbuatan yang dilarang oleh Allah.

“Kita sebagai seorang Islam sebagaimana dalam firman Allah (bermaksud) ‘Kamu adalah umat yang paling baik, mengajak orang kepada kebaikan dan mencegah kepada kemungkaran.

“Apa yang kita lihat jika benda itu mungkar jelas mengajak orang kepada LGBT, mengajak orang lupa Allah sebenarnya hukumnya kita kena tegah.

“Kita kena cegah supaya ia tidak bersama dengan umat Islam di sini (Malaysia). Bermakna kalau kita biarkan bercanggah dengan ayat tadi,” kata Abdul Rahman.

Abdul Rahman berkata, jika ia hanya sebuah konsert biasa tanpa elemen LGBT, ia boleh diterima dalam sebuah negara yang berbilang kaum.

Bagaimanapun sekiranya ia mempunyai unsur perbuatan tak bermoral itu – konsert tersebut bukan sahaja boleh mempengaruhi bukan Islam tetapi juga kepada penganut Islam.

“Pada umat Islam memang tidak ada keperluan untuk itu kecuali kita duduk di negara berbilang kaum. Sebab LGBT ini semua orang tidak suka sebenarnya.

“Kalau setakat hiburan biasa mungkin kita boleh (terima) menentukan orang-orang bukan Islam dan sebagainya menghadirinya.

“Tapi kalau LGBT ini dia mempengaruhi Islam dan bukan Islam. Agama-agama lain pun melarang (amalan LGBT),” kata beliau.

Tambah Abdul Rahman, orang munafik akan mengajak kepada kemungkaran dan mencegah daripada melakukan perkara yang baik.

Katanya, tidak ada mana-mana ulama yang akan menyokong konsert seperti itu diadakan di sebuah negara Islam seperti Malaysia.

“Saya rasa adalah lebih baik ada usaha-usaha untuk membatalkan. (Jika) pihak tertentu ada kuasa untuk membatalkan itu adalah lebih baik. Kita sebuah negara Islam.

“Bukan saya sahaja, seluruh ulama dan orang soleh memang tidak setuju perkara seperti ini dibawa ke dalam sebuah negara Islam.

“Sepatutnya kita sebagai negara Islam mengajak orang kepada Islam, berbuat baik. Kalau tidak orang akan mempermainkan agama kita,” katanya lagi.

Mufti Pahang itu berkata, pihak pengajur sepatutnya mendapatkan nasihat sebelum mengadakan sesuatu konsert.

Malaysia, menurut Abdul Rahman perlu mencontohi negara Qatar yang menganjurkan Olimpik baru-baru ini yang menghalang sebarang acara yang mencemarkan agama Islam.

“Kita tengok contoh yang baik di Qatar tidak dibenarkan. Patut kita begitu sebagai orang Islam mengajak kepada kebaikan, kepada Islam. Bukan membiarkan.

“Sampai masanya kita dakwah orang bukan Islam masuk Islam. Benda-benda yang bercanggah. Kita buat macam Qatar. Sebab itu orang hormat dengan Qatar.

“Orang tidak akan hormat kepada kita jika kita membiarkan benda-benda begitu. Mungkin kita akan ditimpa bala oleh Allah. Kita bimbang,” katanya.

Sementara itu Abdul Rahman menasihatkan umat Islam supaya tidak pergi ke konsert tersebut jika ia mempromosi agenda LGBT.

“Kalau kita sudah tahu ia mengajak kepada LGBT dan sebagainya, kita merasakan pergi itu adalah satu benda yang sia-sia dan boleh merosakkan akidah kita lebih baik tak pergi.

“Kalau ia melibatkan, mengajak kepada kemungkaran adalah berdosa dan haram,” jelas beliau.

Tiket konsert Coldplay: Music of the Spheres World Tour menjadi rebutan jutaan rakyat Malaysia habis dijual dalam tempoh tiga jam selepas kaunter tiket dalam talian dibuka dua hari lalu.

Beberapa pihak membantah konsert yang akan diadakan di Stadium Nasional Bukit Jalil pada 22 November depan dengan mendakwa kumpulan Coldplay mempromosi agenda LGBT.

Beberapa konsert sebelum ini penyanyi utamanya, Chris Martin yang pernah berkahwin dan mempunyai dua orang anak membuat persembahan dengan memegang bendera pelangi iaitu simbol kepada kumpulan LGBT.-  Malay



WOIT

RETARD NI

DENGAR MUSIK KE

KAH KAH KAH

PASAL APA

SIBUK DENGAN

LGBT  ?

KAH KAH KAH

RETARD NI 

CUNT PIUS KUT

DENGAN NAMA

PEMAIN GITAR

GUY BERRYMAN

KAH KAH KAH

RETARD INI

INGAT INI 

GAY BERRYMAN

GAY BIJIK JANTAN

KAH KAH KAH

KHALAS

Tiada ulasan: