Sabtu, 20 Mei 2023

SENYUM DI BULAN RAYA


Buruh didenda RM4,000 ugut bunuh rakan kerana tak kemas bilik

SEORANG buruh didenda RM4,000 oleh Mahkamah Majistret di Shah Alam hari ini selepas mengaku bersalah atas pertuduhan mengugut bunuh teman serumahnya, bulan lepas.

Majistret Sasha Diana Sabtu menjatuhkan hukuman itu ke atas Mohd Khairul Izuwan Che Rahim, 35, dan memerintahkannya dipenjara tujuh bulan jika gagal membayar denda.

Mohd Khairul Izuwan didakwa mengugut operator kilang Mohamad Khairul Alimie Md Rosalin, 23, sambil membawa sebilah pisau.

Dia dituduh melakukan perbuatan itu di sebuah rumah di Kampung Sri Aman, Puchong pada 6 petang, 1 April lepas.

Pertuduhan mengikut Seksyen 506 Kanun Keseksaan yang membawa hukuman penjara maksimum tujuh tahun atau denda atau kedua-duanya.

Mengikut fakta kes, ketika kejadian, tertuduh telah memarahi mangsa kerana tidak mengemas bilik dan turut membakar kasut, baju serta seluar mangsa dan tertuduh bertindak mengejar mangsa menggunakan sebilah pisau.

Terdahulu, Mohd Khairul Izuwan yang tidak diwakili peguam, merayu hukuman denda minimum bagaimanapun Timbalan Pendakwa Raya Erneetha Kaur Baghwant Singh memohon hukuman setimpal berbentuk pengajaran atas alasan kesalahan itu bersifat keganasan. – Bernama, 19 Mei, 2023.

BERITA MACAM 

INI JADIKAN KITA

SENYUM KETAWA

AMIN

DUNIA INI INDAH

DENGAN

PELBAGAI

 KERENAH

MANUSIA

AMIN

4000 RM DENDA

BOLEH DIGUNA 

SETAHUN UPAH

BIBIK INDON ATAU

MAT BANGLA

SEMINGGU SEKALI

DATANG

 BERSIH BILIK

KHALAS

KAH KAH KAH


Tiada ulasan: