Selasa, 2 Mei 2023

TERUSKAN BERAYA


TERUS BERAYA


SELASA 2/5/2023
KELMARIN  CUTI HARI BURUH
BANYAK RUMAH TERBUKA
HUJUNG MINGGU NI
PASTI ADA LAGI RUMAH TERBUKA

POSO SOBULAN
RAYO PUN SOBULAN
KAH KAH KAH
INI MANTRA ZAMAN BUDAK BUDAK
KAH KAH KAH

KITA LUPAKAN
UNTUK SEMENTARA
HARGA BAHAN MAKANAN
YANG NAIK MELEDAK
AIR SUAM PUN SEKARANG
HARGA 50 SEN SEGELAS

GUA BAWA  SALAD
GUA BAWA TEH SENDIRI
GUA BAWA OATS SENDIRI
GUA BAWA UDANG & SOTONG
BILA MAKAN KEDAI TOM YAM
UDANG & SOTONG
MINTA DI GORENG
BUKAN SELAMATKAN DUIT
TAPI  GUA TAHU
JENIS UDANG & SOTONG
YANG GUA MAKAN
AMIN

UNITED KINGDOM
SIBUK SIBUK
HARI SABTU INI
CHARLIE NAK DI TABAL

AMERIKA
SATU LAGI BANK
FIRST REPUBLIC
JATUH MUFLIS

SUDAN
PERANG SAUDARA
TERUS BERJALAN
RIBUAN WARGA CUBA LARI
DARI WILAYAH PERANG

EMBASI BANYAK TUTUP
WARGA LUAR BANYAK
DAH CABUT
YANG TINGGAL WARGA SUDAN

UKRIANE
DILAPORKAN 20 RIBU
SOLDADU RUSIA MATI DI BAHKMUT
80 RIBU CEDERA

WOW
KALAU INI ANGKA BETUL
MAKA ASKAR UKRAINE MATI
20 RIBU KALI LAPAN
CEDERA 80 RIBU KALI LAPAN

DUNIA TAHU
BAHAWA SETIAP 1 SOLADU 
RUSIA MATI
ADA 5 SAMPAI 8 ASKAR 
UKRAINE MATI
AKHIRNYA WARGA UKRAINE
AKAN PUPUS
AMIN

HOKKIEN
CERAH BASAH SEGAR
HUJAN KELMARIN MENJADIKAN
HOKKIEN BASAH

GUA TERNAMPAK
DUA SARANG TEMPUA

GUA DENGAR TUK TUK TUK
TERKUKUR BERLAGU
CENGKERIK GEMBIRA
BUMI BASAH & LECAH

MATA HARI DAH KELUAR
CAHAYA MENEMBUS KABUS
DALAM HUTAN BELUKAR POKOK TERAP
GUA NAMPAK BEBAYANG CAHAYA

GUA RASA
HARI INI AKAN PANAS
DAN SEBELAH PETANG HUJAN
MENJADIKAN MALAM SEJUK SANTAI
AMIN

BRO
SENYUM
SENYUM  HARI SELASA
YANG BUKAN LUAR BIASA

BRO
BILA KUAT BERJAJA IKAN
TIAP HARI DAPAT DUIT
KALAU BAIK MENJAGA KAWAN
KEMANA PERGI TIDAK SULIT

BRO
BILA MENCARI BUAH SALAK
INGAT INGAT AKAN DURINYA
BILA NAJIB MENCURI BALAK
PENJARA KAJANG IALAH JAWABNYA

BRO
BILA  MENCARI BUAH NANGKA
SILA INGAT GETAHNYA LEKAT
ROSMAH  JADI BETINA PUAKA
KERJA MENABUR TAIK PALAT
AMIN

LAKUKAN SEKARANG
LAKUKAN HARI INI

SELAMAT BERHARI RAYA

Tiada ulasan: