Sultan Kedah perkenan bubar DUN 28 Jun
DUN) Kedah bagi penggal ke-14 akan dibubarkan pada Rabu ini (28 Jun) bagi membolehkan pilihan raya negeri (PRN) diadakan.
Menteri Besar Kedah Muhammad Sanusi Md Nor ketika mengumumkan perkara itu berkata berkata penetapan tarikh dibuat selepas mendapat perkenan daripada Sultan Kedah Al-Aminul Karim Sultan Sallehuddin Sultan Badlishah.
“Hari ini saya ingin memaklumkan bahawa saya telah diterima mengadap Tuanku Sultan Al-Aminul Karim Sultan Sallehuddin Ibni Almarhum Sultan Badlishah untuk memohon perkenan bagi pembubaran DUN Kedah yang ke-14.
“Tuanku telahpun memberi perkenan untuk DUN Kedah yang ke-14 ini dibubarkan pada 28 Jun 2023,” katanya pada sidang media selepas selesai menghadap Sultan Sallehuddin di Alor Setar hari ini.
1 ulasan:
Sanusi jadi hero lawak KEDAH, kah kah kah tak boleh kalah tak boleh kalah ITU pasti, siapa berani lawan lawak dia kah kah kah
Catat Ulasan