'Gelombang hijau’ bukan punca Pakatan hilang sokongan, kata Khairy
PAKATAN Harapan (PH) berisiko kalah dalam pilihan raya negeri (PRN) akan datang dan ia bukan kerana “gelombang hijau” sebaliknya rasa tidak puas hati pengundi Melayu terhadap pentadbiran Anwar Ibrahim, kata Khairy Jamaluddin.
“Gelombang hijau” itu merujuk kepada warna parti PAS dan apa yang disifatkan oleh beberapa penganalisis sebagai kemungkinan kebangkitan bentuk politik Islam yang lebih ekstremis.
Khairy, bekas ahli Parlimen Umno Rembau, berkata apa yang berlaku di Malaysia hari ini bukannya kebangkitan ekstremis “gelombang hijau” sebaliknya ungkapan rasa tidak puas hati sebenarnya dalam masyarakat Melayu yang melangkaui isu 3R (bangsa, agama dan raja).
“Apa yang kita mungkin lihat pada PRN adalah kurang (kesan) ‘gelombang hijau’ berbanding tsunami ketidakpuasan hati,” tulisnya dalam artikel di portal Singapura, Fulcrum.
Fulcrum ialah portal badan pemikir ISEAS-Yusof Ishak Institute, yang mana Khairy adalah felo pelawat kanan.
Beliau berkata selain pelbagai ancaman luaran dan dalaman yang dihadapi oleh kerajaan perpaduan yang rapuh, terdapat kekurangan hala tuju ekonomi yang jelas sejak tujuh bulan lalu.
“Ringgit Malaysia terus lemah dan krisis kos sara hidup terus menghakis kuasa beli rakyat.”
Beliau menambah kemarahan orang Melayu yang ketara ditambah sikap hipokrit pentadbiran sekarang, yang bercakap tentang membasmi rasuah dan menegakkan tadbir urus yang baik tetapi membenarkan kepimpinan Umno yang tercemar. – 20 Jun, 2023.
3 ulasan:
Kah... Kah... Kah..
Sapo yg boli beksin smpai bolobih lobih...
Napo lak boli pn nk kono rahsio..
Yg paling ponting sapo montoghi eh..?
Tungguuu.. Namo ado ko dlm senarai?
Org putih kata persona non grata. Org melayu kata lebai malang. Kayuh perahu ke hulu kenduri dah habis. Kayuh ke hilir kenduri pun dah habis. Nasib lebai malang. Mula mereka cerita sbb perut lapar. Kih kih kih
bukan kj semua orang tanya.. dan semua dah tahu jawapan.. sebab nuar mana ada prinsip janji jadi pm.. jadi kenapa buang masa.. prn tolak nuar tolak zahid.. amin
Catat Ulasan