Jumaat, 2 Jun 2023

LANTIKAN POLITIK


JEMPUTAN

MALAM INI 

LANTIKAN POLITIK




#Politikopi: Lantikan Politik - Adakah satu Keperluan, Apakah Natijahnya?

Tarikh: 2 Jun 2023, Jumaat
Masa: 9.30MLM - 10.30MLM

Rangka Soalan
1. Adakah salah jika kerajaan hari ini melantik mana-mana pengemudi GLC daripada kalangan orang politik sebagai mana diamalkan sebelum ini?

2. Amalan lantikan orang politik dalam GLC dalam Kerajaan Perpaduan hari ini dilihat bertentangan dengan akujanji oleh PMX dan ini dipelopori oleh UMNO dan diikuti oleh Amanah. Hanya PKR dan DAP masih belum mengorak langkah. Adakah ini wajar dan hanya rentetan panjang janji kosong ahli politik?

3. Melantik individu yang profesional dan berkaliber dilihat mampu memberikan imej bersih dan sejahtera kepada Kerajaan Perpaduan seperti langkah di ambil YB Rafizi Ramli membuka peluang temuduga terbuka, namun adakah lantikan ini ibarat pepatah 'duri dalam daging' jika calonnya beridelaisme berbeza?

4. Adakah politik 'payung memayungi' / warlord (tak ingat istilah yang selalu digunakan) tetap berleluasa walaupun kerajaan hari ini tidak lagi dipelopori UMNO?

5. Dilihat dengan melantik mereka dari kalangan ahli perti atau  mereka yg selari dgn kehendak merajaan akan mampu memudahkan urusan kerjaan untuk memastikan usaha dan aspirasi kerajaan dapat di laksanakan dgn Mudah? Adakah ini matlamat utama dalam lantikan politik dan bukan sebagai janji ganjaran selepas pilihanraya.

6. Malaysia pernah dilabelkan sebagai  negara yg dapat mencapai kemajuan yg pesat, dalam tempoh yg sama, kerajaan yg memerintah oleh parti politik yg kita tahu (Open Secret) mengamalkn tradisi seperti ketua cawangan di lantik ketua kampung, ketua bahagian di lantik ahli majlis, dan yg lagi tinggi seterusnya hingga jawatan dalam agensi kerajaan dan syarikat2 GLC, jika waktu itu negara mampu mencapai kemajuan yg pesat mana silapnya? adakah mungkin lantikan pada masa ini walaupun berasaskan politik tetapi mereka juga adalah orang yg layak?

7. Merujuk pada laporan NST december 2022 “Service of political appointees in GLC, GLIC, MOF Inc terminated with immediate effect” - apakah situasu masa kini. Adakah ini sekadar “flush Out” untuk di gantikan dgn “Orang Kita”.?

8. “Appointing politicians to head GLCs perpetuates corruption and money politics” - laporan STAR 

9. Memetik laporan Sinar harian Nov 22, NGO seperti ABIM juga mengesa untuk tidak melantik ahli politik, adakah perlunya NGO untuk secara bersama menyuarakan pendapat as kuasa pihak ketiga untuk memastikan perkara ini tidak berlaku. 

10. “Lantikan Politik, Apadalahnya, jika dilakukan kerjanya dgn baik” salah satu komen menteri yg mana menegasakan walaupun lantikan politik sebagai pengerusi, didalam kerajaan masih mempunya pegawai2 yg bertaraf pakar yg akan sama2 bekerjasama. - adakah ini merujuk kepada peranan penting bukan sekadar pada ahli politik yg di lantik, ini adalah juga kepada pegawai kerjaan yg berkhidmat untuk menjalankan amanah seperti menasihati, memberi pndangan dan menegur jika perlu bagi memastikan segala perancangan dpt di laksanakan dgn baik?

11. Adakah wajar jika kita usulkan peranan rakyat itu sendiri adalah amat penting jika dilihat dalam konteks perbicngan ini. Pegawai atau pelaksana dalam kerajaan itu sendiri adalah rakyat dan sama2 perlu memastikan yg terbaik untuk rakyat dan tidak hanya meletakan sesuatu kepada Ahli politik yg dilantik untuk memimpin, rakyat mempunyai tanggungjawab untuk menegur, menasihati, bertindak sekiranya keputusan syarikat atau glc atau agensi akan merugikan oleh kerana penglibatan politik, jika arus tadbir melibatkan pegawai kerajaan tegas dan berani, tidak akan jadi masalah siapa pun yg akan di lantik didalam agensi!!



Tiada ulasan: