Isnin, 19 Jun 2023

NAJIB KENA KENCING ?


SPRM tidak temui unsur jenayah dalam kes Nazlan, kata Anwar

SIASATAN Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) mendapati tiada kesalahan jenayah dilakukan dalam kes membabitkan Hakim Mahkamah Rayuan Mohd Nazlan Mohd Ghazali yang sebelum ini dikaitkan dengan kes rasuah.

Perdana Menteri Anwar Ibrahim berkata perkara itu juga dipersetujui Jabatan Peguam Negara.

“SPRM setelah mendapat laporan membuka kes atau kertas siasatan terhadap Mohd Nazlan Mohd Ghazali (Hakim Mahkamah Rayuan) berhubung dengan kes rasuah.

“SPRM menyiasat dengan teliti perkara tersebut dan mendapati tiada kesalahan jenayah dilakukan dan perkara ini dipersetujui Jabatan Peguam Negara,” kata beliau pada persidangan Dewan Negara hari ini.

Anwar berkata demikian ketika menjawab soalan tambahan Senator A Kesavadas mengenai status siasatan terhadap Mohd Nazlan berhubung tohmahan rasuah dan percanggahan isu konflik kepentingan dikatakan wujud di pihak hakim berkenaan ketika mengendalikan perbicaraan Najib Razak dalam kes SRC International Sdn Bhd.

Berhubung konflik kepentingan, Anwar berkata isu yang sama diputuskan Mahkamah Persekutuan ketika menolak permohonan Najib bagi mengemukakan keterangan tambahan atau keterangan baharu.

“Dengan kata lain, isu konflik kepentingan diputuskan secara muktamad oleh Mahkamah Tinggi negara, sementara itu pada 9 Ogos 2022 pihak defendan menarik balik dakwaan ke atas hakim Nazlan.

“Alasan keputusan Mahkamah Persekutuan adalah relevan kerana memuktamadkan kes ini, bahawa sumber wang yang dikatakan diselewengkan daripada SRC International Sdn Bhd tidak relevan bagi tujuan pembuktian pertuduhan melibatkan kesalahan pecah amanah,” kata beliau.

Perdana menteri berkata elemen penting untuk dibuktikan bagi pertuduhan tersebut adalah sama ada  tertuduh mempunyai dominasi terhadap dana yang diselewengkan.

“Mahkamah Persekutuan mendapati bahawa tidak ada kaitan pekerjaan terdahulu hakim Nazlan di Maybank dengan pertuduhan tersebut. Sumber dana yang diselewengkan itu tidak releven juga diakui peguam defenden.

“Jika sumber wang sedemikian tidak relevan maka peranan atau pekerjaan hakim Nazlan di Maybank juga adalah tidak releven. Demikian keputusan Mahkamah Persekutuan dan kerajaan memperakui keputusan makhamah tersebut,” katanya.

Sebelum ini, Hakim Mohd Nazlan disahkan bahawa pada 2006 beliau memegang jawatan sebagai peguam am dan setiausaha Syarikat Maybank Investment Bank Berhad. – Bernama, 19 Jun 2023.

JANGAN SEBAR

FITNAH

AMIN

ANWAR TAK

CAMPUR KES

MAT SAKAU

AMIN

INI KEPUTUSAN

SIASATAN

ADIL DARI SPRM

PEGUAM NEGARA

AMIN 

HARI HARI

 AKHIR MAT SAKAU

AMIN

KHALAS

Tiada ulasan: