Jumaat, 30 Jun 2023

PANAS BAWA MAUT

 



100 maut panas melampau di Mexico


SUHU melampau menyebabkan lebih 100 nyawa terkorban di Mexico sepanjang Jun, susulan beberapa siri gelombang panas di negara Amerika Latin itu, menurut pihak berkuasa.

Kumpulan saintis berkata pemanasan global memburukkan lagi keadaan cuaca dengan banyak negara turut merekodkan rekod suhu tinggi.

Data dikeluarkan Kementerian Kesihatan menunjukkan lebih kes 1,000 kecemasan berkaitan haba dilaporkan di Mexico antara 12 Jun hingga 25 Jun lalu, di mana 104 daripadanya mengakibatkan kematian.

Katanya, pihak berkuasa melaporkan lapan kematian antara 14 April dan 31 Mei lalu, menjadikan jumlah keseluruhan 112 mangsa, dengan yang utama adalah strok haba, diikuti dehidrasi.


Wilayah utara Mexico melaporkan kematian paling tinggi iaitu 64 kematian direkodkan di negeri timur laut Nuevo Leon dan 19 di negara jiran Tamaulipas, bersempadan dengan negeri Texas Amerika Syarikat (AS) yang turut dilanda panas melampau.

Kementerian itu berkata di Mexico, suhu maksimum 49 darjah Celsius (120 Fahrenheit) direkodkan minggu ini di negeri barat laut Sonora.

Katanya, suhu purata maksimum di Mexico ketika musim panas adalah tidak tetap iaitu antara 30 dan 45 darjah Celsius.

Pihak berkuasa memberi amaran satu lagi gelombang haba boleh menjejaskan negara dihuni 127 juta penduduk bermula esok.

Pada Mei, Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) memberi amaran, hampir pasti 2023-2027 akan menjadi tempoh lima tahun paling panas pernah direkodkan, kerana gas rumah hijau dan El Nino bergabung yang mengakibatkan peningkatan suhu. – AFP, 30 Jun, 2023.

PANAS PANAS

PANAS

AMIN

INI HANYA

PERMULAAN

AMIN

TUNGGU INDUK

SAMPAI

AMIN

MANUSIA MASIH

BERDEGIL TAK

NAK BERUBAH

KHALAS

1 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

adakah ini salah lebai di mexico tebang pokok ?