Ahad, 4 Jun 2023

PROJEK TALIBAN



Kit Siang poster uncle kebencian orang Melayu – Sian See

KUALA LUMPUR – Penganalisis politik, Lim Sian See berpandangan, UMNO dan Barisan Nasional (BN) sepatutnya membantah pemberian gelaran Tan Sri kepada veteran DAP, Lim Kit Siang menjelang pilihan raya negeri (PRN) tidak lama lagi.

Beliau menyifatkan tindakan itu kurang bijak dan boleh menjejaskan sokongan terhadap UMNO dan BN.

“Kit Siang adalah poster uncle bagi kebencian majoriti orang Melayu terhadap DAP dan Pakatan Harapan (PH).

“Mungkin Kerajaan Perpaduan berhasrat untuk hilang hampir semua undi Melayu dan seterusnya menjahanamkan UMNO dengan memberi pangkat Tan Sri kepada Kit Siang sebulan sebelum enam PRN akan datang?

“UMNO dan BN patut membantah timing yang kurang bijak ini,” katanya dalam hantaran Facebook hari ini.

Terdahulu, sebuah portal melaporkan Kit Siang merupakan antara penerima gelaran Tan Sri dalam istiadat penganugerahan darjah kebesaran sempena Hari Keputeraan Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah esok.

Gambar Kit Siang menghadiri raptai istiadat tersebut turut dikongsi oleh bekas Ahli Parlimen Jelutong, Jeff Ooi dalam laman Facebook beliau.

Dalam hantaran berasingan, Sian See bertanya sama ada pemimpin UMNO akan mengucapkan tahniah kepada Kit Siang atas penganugerahan gelaran Tan Sri itu.

“Jika ada, siapa agaknya?” soalnya. 

PERANAN

KIT SIANG IALAH

TBAI PAS

AMIN

BILA TIBAI PAS

MAKA ORANG

MELAYU AKAN

PERTAHAN PAS

AMIN

INI PROJEK

SINGAPURA 

MAHU 

TANAH MELAYU

JADI TALIBAN

AMIN

KHALAS

Tiada ulasan: