Khamis, 15 Jun 2023

TOK SARJAN TERIMA RASUAH



Sarjan didakwa terima rasuah RM2,530

BUTTERWORTH – Seorang anggota Pasukan Polis Marin (PPM) berpangkat Sarjan mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen di sini hari ini atas 21 pertuduhan menerima rasuah berjumlah RM2,530 antara 2016 hingga 2019.

Tertuduh, Che Ani Ramli, 56, membuat pengakuan itu selepas pertuduhan terhadapnya dibacakan di hadapan Hakim Zulhazmi Abdullah.

Mengikut pertuduhan, dia yang bertugas di Gerakan Polis Marin Batu Uban  didakwa menerima suapan daripada individu bernama Tan Hun Heng yang mana tertuduh mempunyai hubungan dengan kerja rasmi penguatkuasaan di bawah Akta Perikanan 1985.

Tertuduh didakwa menerima suapan tersebut antara Mei 2016 hingga Jun 2019 menerusi akuan bank membabitkan 21 transaksi antara RM100 hingga RM200 berjumlah RM2,530.

Tertuduh mengaku tidak bersalah atas semua pertuduhan.
Kesalahan itu didakwa dilakukan ketika tertuduh berpangkat Koperal dan Sarjan.

Kesemua pertuduhan dikemukakan mengikut Seksyen 165 Kanun Keseksaan yang membawa hukuman penjara maksimum dua tahun atau denda atau kedua-duanya, jika sabit kesalahan.

Kes dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya Noor Azura Zulkiflee dan Irwan Syafiq Nor Ridzuan, manakala tertuduh tidak diwakili peguam.

Ketika prosiding, tertuduh memohon mahkamah mengurangkan jaminan berikutan dia perlu menanggung isteri dan empat orang anaknya termasuk tiga yang masih bersekolah.

Hakim kemudian membenarkan tertuduh diikat jamin RM8,000 dengan seorang penjamin besertakan syarat tambahan perlu melapor diri di pejabat Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia berdekatan rumah setiap bulan dan menyerahkan dokumen perjalanan sehingga perbicaraan selesai.

Kes akan disebut semula 1 Ogos depan. 

WOIT

SELAMA

TIGA TAHUN

TERIMA DUIT

RASUAH 2,530 RM

AMIN

NAJIB KES SRC

42 JUTA $$$

RIBU KALI GANDA

DARI RASUAH

TOK SARJAN

AMIN

BOLEH NAJIB 

DI BEBAS ?

AMIN

CURI SATU 

TIN MILO KENA

DUA TAHUN

CURI 42 JUTA $$$

BOLEH BEBAS?

AMIN

KALAU NAJIB BEBAS

INI BETUL

DI LUAR TABII

KHALAS

Tiada ulasan: