Sabtu, 1 Julai 2023

ANGIN RIBUT UTARA


MetMalaysia keluar amaran angin kencang di utara Semenanjung

NEGERI-NEGERI di utara Semenanjung termasuk kawasan perairan negeri tersebut dijangka mengalami angin baratan yang bertiup kencang di kawasan itu, sehingga 5 Julai.

Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) menerusi kenyataan yang dikeluarkan pada 9 pagi tadi memaklumkan, keadaan tersebut berpotensi menghasilkan ribut petir beserta hujan lebat dan angin kencang, di negeri-negeri berkenaan.

“Sementara itu, ribut petir beserta hujan lebat dan angin kencang juga boleh berlaku di Kelantan dan Terengganu, pada sebelah petang hingga ke awal malam,” menurut kenyataan itu.

MET Malaysia juga telah mengeluarkan amaran angin kencang dan laut bergelora bagi perairan Phuket dan Selat Melaka Utara berkuat kuasa sehingga 5 Julai.

Orang awam adalah dinasihatkan untuk sentiasa merujuk laman web www.met.gov.my dan semua media sosial rasmi MET Malaysia serta memuat turun aplikasi myCuaca, bagi mendapatkan maklumat yang terkini dan sahih. – Bernama, 1 Julai, 2023.

AWAS!!!

KETIKA ENJOI

BERAYA

AMIN

HUJAN RIBUT

PETIR KILAT

SABUNG 

MENYABUNG

 AMIN 

KAYU TUMBANG

DAHAN SEKAH

HIMPAP KERETA

KHALAS

Tiada ulasan: