Jumaat, 28 Julai 2023

BELOT - LAWAN ZAHID



Zahid tidak terkejut Harrison jadi calon Perikatan

PRESIDEN Umno Ahmad Zahid Hamidi berkata tidak terkejut apabila Timbalan Ketua Bahagian Sungai Buloh Harrison Hassan keluar parti untuk bertanding sebagai calon Perikatan Nasional (PN). 

Presiden parti itu berkata spekulasi berlegar sejak bulan lalu yang Harrison bertanding sebagai calon PN.

Malam tadi Pengerusi Perikatan Muhyiddin Yassin mengumumkan Harrison akan bertanding di kerusi DUN Jeram untuk pilihan raya negeri (PRN) Selangor pada 12 Ogos.

“Pengumuman itu tidak mengejutkan. Mengikut perlembagaan Umno, keahlian individu itu (Harrison) dengan parti itu dilucutkan,” katanya kepada pemberita hari ini di Putrajaya.

Zahid berkata beliau tidak tahu sama ada Harrison sudah keluar daripada Umno.

“Tetapi atas sebab yang jelas, beliau kini tidak lagi bersama parti,” tambahnya.

Muhyiddin malam tadi mengumumkan PN akan bertanding di semua 56 kerusi.

Beliau berkata Bersatu akan bertanding 31 kerusi, PAS (17), dan Gerakan (8).

PN memegang lima kerusi dalam dewan sebelum ia dibubarkan - Bersatu (4) dan PAS (1).

Pakatan Harapan mempunyai 40 kerusi (PKR 19, DAP 15, Amanah 6), Barisan Nasional (5), dan Parti Bangsa Malaysia (2). Pejuang dan Warisan masing-masing 1 dan Bebas (1). – 27 Julai, 2023.

WOIT

MAKIN RAMAI

BELOT LAWAN

ZAHID

KAH KAH KAH

PRN INI

DUGAAN UNTUK

ZAHID

KAH KAH KAH

APAKAH KALAU

BN BUNGKUS

MAKA ZAHID

JUGA 

AKAN BUNGKUS ?

JENG JENG JENG

KHALAS

Tiada ulasan: