Selasa, 18 Julai 2023

DULU KITA LAWAN - SEKARANG KITA GUNAKAN


Akta Hasutan masih perlu bagi kes sentuh institusi raja, kata Anwar

AKTA Hasutan 1948 masih diperlukan bagi kes-kes yang menyentuh institusi diraja, kata Anwar Ibrahim, mengulas pertuduhan terhadap menteri besar sementara Kedah Muhammad Sanusi Md Nor di bawah akta itu hari ini.

Perdana menteri berkata beliau pada dasarnya mengelak Akta Hasutan digunakan, tetapi ucapan Sanusi minggu lalu menyentuh kedudukan dan martabat raja-raja, yang boleh mencetus perbahasan politik yang tidak sihat.

“Saya dari segi dasarnya, kita elak pengunaan Akta Hasutan. Tapi yang ini menyentuh kedudukan raja-raja.

“Soal kritik perdana menteri, saya tak pernah gunakan itu sebagai satu alasan (kenakan Akta Hasutan) tapi ini soal kedudukan dan martabat raja-raja yang harus kita pelihara dan sanjung, dan elak daripada menjadi satu wacana perbahasan politik yang tidak sihat,” kata perdana menteri kepada media selepas merasmikan program Sentuhan Agro Madani peringkat Negeri Selangor di Sekinchan hari ini.

Kumpulan hak asasi manusia Lawyers for Liberty (LFL) hari ini berkata pendakwaan ke atas Sanusi hari ini adalah “hari hitam bagi negara” ketika di bawah kerajaan perpaduan di bawah pimpinan Anwar.

Undang-undang itu pernah ditentang Pakatan Harapan (PH) ketika gabungan itu jadi pembangkang, kata pengarah LFL Zaid Malek dalam satu kenyataan.

“Hari ini adalah hari hitam bagi negara. Akta Hasutan muncul sekali lagi, kali ini digunakan terhadap saingan politik kerajaan yang kini mentadbir persekutuan.

“Amat mengejutkan perkara ini berlaku di bawah kerajaan pimpinan PH, yang sekian lama ketika menjadi pembangkang mengutuk dan menyifatkan kewujudan dan penggunaan Akta Hasutan sebagai menindas dan menghina kebebasan bersuara.

“Kecaman PH dan pemimpinnya Anwar Ibrahim terhadap undang-undang ini nampaknya hanya terpakai apabila tindakan dikenakan ke atas mereka. Kini, mereka tidak ragu-ragu menggunakannya apabila mereka berkuasa,” katanya. – 18 Julai 2023.

WOIT

DULU LAWAN

KERANA AKTA

TANGKAP KITA

KAH KAH KAH

SEKARANG KITA

GUNA AKTA

TANGKAP MUSUH

LAWAN KITA

AMIN

INI NAMANYA

POLITIK BIJAK

KAH KAH KAH

NANTI BILA

PN MERENTAH

PAKAI PULAK

 TANGKAP PH

KAH KAH KAH

KHALAS

Tiada ulasan: