Ahad, 23 Julai 2023

GREECE TERBAKAR


Ribuan dipindahkan akibat kebakaran hutan di Greece


KIRA-KIRA 30,000 orang dipindahkan ke tempat selamat di pulau Rhodes di Greece apabila sebahagian besar hutan terbakar di kawasan itu.

Jutaan penduduk di selatan Amerika Syarikat berdepan gelombang panas apabila merekodkan cuaca paling panas sepanjang minggu bagi Julai dalam tempoh 50 tahun, dengan suhu melonjak melebihi 40 darjah Celsius.

Beberapa pakar berpandangan suhu panas itu akibat perubahan iklim yang berpunca daripada pembakaran bahan api fosil, dan menyifatkan pemanasan global memainkan peranan penting dalam cuaca melampau itu.

Di pulau Mediterranean, Rhodes, di mana kebakaran hutan berlaku selama berhari-hari, bot membawa 2,000 orang ke tempat selamat dari pantai di timur pulau pelancongan popular itu.

Tiga kapal pengawal pantai mengetuai lebih 30 kapal persendirian dalam pemindahan kecemasan, manakala sebuah bot tentera laut Greece sedang menuju ke kawasan itu.

Di tempat lain puluhan bas membawa orang ramai ke tempat yang selamat manakala yang lain terpaksa berjalan kaki apabila kebakaran menyebabkan jalan terputus perhubungan.

Sejak amaran pemindahan dibunyikan pada awal petang, pelancong menuju ke pantai bagi menyelamatkan diri.

Orang ramai dibawa ke gimnasium, sekolah dan pusat persidangan hotel di pulau itu untuk bermalam sementara anggota bomba memadamkan kebakaran.

Usaha memadamkan api berterusan dibuat di kawasan Laermon dan Lardos apabila ia marak di luar kawalan.

Dalam tempoh 11 hari Greece sedang berusaha memadamkan kebakaran di puluhan hutan apabila gelombang haba yang menyaksikan suhu meningkat melebihi 40 Celsius. Ia boleh menjadi musim panas terpanjang yang pernah berlaku di negara berkenaan. – AFP, 23 Julai, 2023.

IKLIM DUNIA

BERUBAH

AMIN

LAGI 3 TAHUN

KALAU MANUSIA

TAK DAPAT HALANG

KENAIKAN SUHU

MAKA KITA TAKDA

JALAN PULANG

AMIN

UMAT NANUSIA

MENUJU NERAKA

KHALAS

Tiada ulasan: