Ahad, 30 Julai 2023

INI KERJA POLITIK JAHAT


Ibu pejabat PAS dibaling batu, suspek sedang dikenal pasti, kata polis

POLIS sedang memburu suspek bagi kejadian baling batu di ibu pejabat PAS di Jalan Raja Laut hingga mengakibatkan dinding kacanya pecah, awal pagi tadi.

Ketua Polis Negara Razarudin Husain mengesahkan ada menerima laporan berhubung kejadian Ibu Pejabat PAS Pusat di Jalan Raja Laut, Kuala Lumpur dibaling batu oleh seorang lelaki tidak dikenali.

Razarudin berkata kejadian berlaku pada jam 5.30 pagi tadi dan polis giat mengesan suspek terlibat dengan dibantu Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL).

“Dalam kejadian itu, suspek yang menaiki motosikal membuat bising sebelum bertindak membaling batu ke dinding kaca pejabat berkenaan. Perkara itu dilihat oleh pengawal yang bertugas di bangunan itu.

“Polis sedang mengesan suspek terlibat, insya-Allah dalam masa terdekat kita akan dapat menjejakinya,” katanya dalam sidang media khas mengenai Ops Cantas sempena PRN di Bukit Aman, hari ini

Katanya, polis sedang menyemak rakaman kamera litar tertutup (CCTV) di kawasan berhampiran bagi membantu usaha mengenal pasti individu berkenaan.

Menurutnya kes itu disiasat di bawah Seksyen 427 Kanun Keseksaan bagi kesalahan khianat.

Pagi tadi, PAS membuat laporan polis selepas dinding kaca di Ibu Pejabat PAS Pusat dibaling dengan batu oleh seorang lelaki beberapa jam sebelum bermula proses penamaan calon bagi pilihan raya negeri (PRN) di enam negeri. – Bernama, 29 Julai, 2023.

INI KERJA

POLITIK JAHAT

AMIN

INI PROVOKASI

BERNIAT JAHAT

AMIN

SAPA DI BELAKANG

KERJA JAHAT INI ?

KHALAS

2 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

SENDIRI baling sendiri cari publisiti kah kah kah siapa nak baling Batu woit? Kah kah kah baling duit ada lah orang sambut anjing pun LARI kena Batu kah kah nak buat show pandai lah sikit kah kah

Tanpa Nama berkata...

Level² politik turun ke jalanan mmg mcm nie... Tak dapat apa yg dia nak.. rosakkan harta benda org... Phuiiii... Low class