Isnin, 10 Julai 2023

PARTI COOL DAN PARTI TALIBAN



Pengundi muda rapuh, sukar dijangka, kata penganalisis

PARTI yang bertanding dalam pilihan raya negeri (PRN) akan datang bergantung pada sokongan pengundi muda untuk menang besar, namun penganalisis berkata dari segi politik kumpulan pengundi ini ‘rapuh’ dan masih ‘tidak dapat diramalkan’.

Mereka bagaimanapun mengakui pengundi muda mempunyai kuasa besar dan boleh menjadi ‘game changer’ dalam PRN di enam negeri, 12 Ogos ini.

“Pengundi muda ini adalah pemangkin, ‘game changer’ dalam PRN kali ini.

“Tetapi mereka rapuh, bermakna mereka tidak mempunyai asas politik dan mereka terdedah kepada trend yang boleh berubah sehingga saat akhir. Sebab itu mereka tidak boleh dijangka,” kata Pengarah Eksekutif Ilham Center Hisomuddin Bakar.

Katanya, dengan trend itu maka undi orang muda ini boleh pergi ke mana-mana.

“Pakatan Harapan/Barisan Nasional dan Perikatan Nasional berpeluang memenangi undi mereka.

“Ambil pilihan raya umum (PRU15) pada November sebagai contoh, anak muda Melayu mengundi PN manakala anak muda bukan Melayu mengundi PH. Tetapi kali ini, selepas tujuh bulan mereka kembali pada asal dengan menggunakan pendekatan tunggu dan lihat.

“Oleh kerana jumlah pengundi yang ramai daripada segmen ini, jika satu gabungan berjaya memperoleh sekurang-kurangnya 30 peratus undi orang muda, mereka hanya memerlukan 20 peratus undi dewasa,” katanya.

Menjelang PRN, Selangor mempunyai jumlah pengundi muda yang paling ramai berusia antara 18 dan 20 tahun iaitu seramai 274,194 orang.

Pengerusi Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) Abdul Ghani Salleh berkata ini diikuti Kedah dengan 104,284 pengundi, Kelantan (96,513), Pulau Pinang (67,633), Terengganu (64,264) dan Negeri Sembilan (55,017).

Hari penamaan calon bagi pilihan raya di enam negeri dijadualkan 29 Julai ini.

Pilihan raya ini melibatkan 9,773,571 pengundi dengan Selangor mencatatkan angka pengundi tertinggi 3,747,057, diikuti Kedah (1,585,085), Kelantan (1,411,912), Pulau Pinang (1,234,198), Terengganu (930,894) dan Negeri Sembilan (864,425).

Hisomuddin juga memberitahu The Malaysian Insight pada PRU15 lalu apabila anak muda berusia 18 tahun dibenarkan mengundi, ramai pengundi muda memilih untuk melihat sentimen daripada prestasi parti.

“Kita lihat pada pilihan raya lalu di mana PN memenangi undi daripada orang muda dengan memainkan sentimen terutamanya sentimen 3R. Mereka yang berumur 18-25 tahun percaya ini pada media sosial,” katanya merujuk kepada isu berkaitan kaum, agama dan raja.

“Elemen sentimen dalam berkempen jauh lebih berkesan daripada menggunakan pencapaian atau prestasi. Ramai yang lebih suka mendengar sentimen dan akhirnya sentimen menang,” katanya.

Pengundi atas pagar

Dr Mazlan Ali dari Universiti Teknologi Malaysia berkata Pakatan Harapan menyedari kekuatan undi belia dan itulah sebabnya Perdana Menteri Anwar Ibrahim sibuk melawat universiti dan melibatkan diri dengan pengundi Melayu.

Menurut beliau, pada akhirnya pengundi muda akan memilih gabungan yang boleh menawarkan kestabilan dan kemakmuran.

Bagaimanapun beliau memberi amaran mana-mana gabungan tidak boleh mengambil mudah sokongan pengundi muda.

“Ia terbuka kepada PN dan PH. Tidak seperti pilihanraya lepas yang mana golongan belia khususnya orang Melayu mengundi PN. Kini ia berbeza.

“Dan kerana keputusan lepas, Anwar masuk ke universiti, bertemu pelajar dan bercakap dengan mereka. Dia menunaikan solat Jumaat mingguannya di seluruh negara untuk bertemu masyarakat Melayu dan tunjuk diri.

“Anda boleh melihat penerimaan baik daripada orang ramai. Kita tidak boleh kata orang Melayu pasti akan mengundi PN kerana suasana sekarang berbeza,” katanya.

Mazlan berkata PH boleh menjangkakan beberapa undi berubah daripada pengundi muda pada pilihan raya negeri ini.

“Pengundi atas pagar, selepas melihat apa yang kerajaan perpaduan lakukan selama ini, mungkin mereka undi PH.

“Kerajaan perpaduan memberi beberapa insentif kepada belia sejak beberapa bulan kebelakangan ini dan keadaan nampaknya terkawal.

“Saya percaya akan ada sedikit perubahan undi dari PN kepada PH,” tambahnya. – 10 Julai, 2023

ANAK MUDA

AKAN MEMILIH

PARTI COOL YG

MELAWAN ARUS

AMIN

BUKAN PARTI

POYO YANG

ANTI ANAK MUDA

KHALAS

2 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

Taliban takleh pakai lah kah3

Tanpa Nama berkata...

Kahkahkah nmpk sgt lu nie dah out of touch dgn trend. Zmn skg nie budak muda yg Muslim satu dunia ada satu kesedaran baru lebih hebat drp zmn hippie lu dulu. Islam jadi trend jadi cool,ada iKon mcm Andrew Tate, ada Alfie best jr billionaire gypsy London, ada Dave Chappelle, ada Mo Salah. Nie sume ikon2 Muslim satu dunia,budak mat salleh pun convert kerana ikon2 nie. Lu sudah silap, budak zmn skg bukan mcm zmn lu,zmn lu struggle dgn golongan tua konservatif. Zmn budak2 skg,org2 tua depa era 80 90an, era Berlin wall tumbang,bukan zmn lu org2 tua era pra penjajah. Zmn budak2 skg berlawan dgn ideologi sosial Dan kemanusiaan bukan ideologi politik. Islam lebih releven drp atheism zmn lu,ini zmn membuktikan atheism telah gagal.