Sabtu, 15 Julai 2023

PEMIMPIN UMNO LARI MASUK BERSATU


Lebih ramai bekas pemimpin UMNO akan menyertai Bersatu - Hamzah Zainudin


LARUT: Lebih ramai bekas pemimpin UMNO di seluruh negara akan menyertai Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) menjelang Pilihan Raya Negeri (PRN) akan datang.

Setiausaha Agung Bersatu, Hamzah Zainudin berkata, bekas-bekas pemimpin itu pernah memegang jawatan tertinggi di peringkat bahagian dan kebangsaan.

“Sebenarnya ramai lagi (bekas pemimpin UMNO) yang akan bersama kita.

“Insya-Allah kita akan adakan satu majlis di Selangor nanti,” katanya selepas majlis makan malam bersama Ahli Parlimen Larut di Dewan Permai, Majlis Daerah Selama, di sini, malam tadi.

Menurutnya, pengumuman mengenai perkara itu akan dibuat tidak lama lagi.

“Kita sedang mencari tempat dam tarikh yang sesuai kerana maklum sahajalah, ramai yang datang dari Terengganu, Kelantan, Selangor, Negeri Sembilan.

“Oleh kerana ramai, kita akan cari tempat yang sesuai dan kita akan umumkan semua sekali,” ujarnya.

Pada majlis makan malam itu, beliau menerima borang permohonan untuk menyertai Bersatu daripada bekas Ketua UMNO Bahagian Larut,  Faizol Arby Mohd Shohor dan bekas Ketua UMNO Cawangan Batu 6 Selama, Sayuti Hussin.

WOIT

LAMA LAMA

GEROMBOLAN

TINGGAL  SARUNG

KAH KAH KAH

YANG LAIN

CABUT LARI

KAH KAH KAH

AMIN

Tiada ulasan: