Ahad, 16 Julai 2023

PEMUDA PN TIBAI PMX




Kamu PM, bukan cybertrooper kelas bawahan – Fadhli

– Perdana Menteri, Anwar Ibrahim didakwa mengulangi tuduhan Perikatan Nasional (PN) menerima dana daripada syarikat perjudian untuk memberi persepsi buruk kepada gabungan parti politik itu menjelang enam pilihan raya negeri (PRN).

Ketua Pemuda PN, Ahmad Fadhli Shaari berkata, Anwar sebelum ini membuat tuduhan yang sama menjelang Pilihan Raya Kecil (PRK) Parlimen Padang Serai.

Beliau yang juga Ketua Dewan Pemuda Pas meminta Anwar untuk mengemukakan bukti berhubung tuduhan tersebut, bukan mencabar PN untuk memfailkan saman terhadapnya.

“PMX cabar kami saman beliau, kamu bukannya cybertrooper kelas bawahan, kamu seorang PM.

“Sebagai seorang PM kenapa tidak datangkan bukti terus, dedahkan, buat pendedahan supaya rakyat boleh melihat,” katanya seperti dipetik daripada rakaman video yang disiarkan dalam laman Facebook miliknya, hari ini.

Anwar dilaporkan berkata demikian ketika berucap pada majlis pelancaran Jelajah Perpaduan Madani dan Jentera Perpaduan Negeri Kedah di Guar Chempedak malam tadi.

Beliau turut mencabar pemimpin PN untuk mengambil tindakan undang-undang sekiranya apa yang disampaikannya itu adalah fitnah.

Ahmad Fadhli memberitahu, beliau telah tiga kali bertanya soalan kepada kerajaan di Dewan Rakyat berhubung tuduhan Anwar itu.

Ahli Parlimen Pasir Mas itu menambah, Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Undang-undang dan Reformasi Institusi), Datuk Seri Azalina Othman Said telah memberi dua jawapan bertulis terhadap soalannya.

Dalam jawapan bertulis Dewan Rakyat bertarikh 25 Mei 2023 yang dikongsi oleh Ahmad Fadhli, Azalina menjelaskan, SPRM telah menjalankan kajian terperinci berkaitan maklumat tersebut.

Walau bagaimanapun, kata beliau, SPRM mendapati maklumat terlalu umum dan tiada pihak yang boleh mengesahkan isu tersebut.

“Justeru, tiada apa-apa lagi fail siasatan dibuka ke atas isu ini,” katanya.

Sehubungan itu, Ahmad Fadhli berharap rakyat dapat membuat penilaian terbaik berhubung tuduhan tersebut yang dikatakan sengaja direka untuk memburuk-burukkan reputasi PN. 



PN TERLIBAT

DALAM JUDI ?

KAH KAH KAH

INI SUDAH PARAH

JIKA ADA BUKTI

PN AMBIL DUIT

JUDI

AMIN

INI KERJA PN

 DI LUAR TABII

KAH KAH KAH

KHALAS

Tiada ulasan: