Sabtu, 22 Julai 2023

SALUT UNTUK SITI KASIM


Tidak goyah ancaman bom, Siti Kasim tetap ke Kelantan

PEGUAM dan aktivis Orang Asli Siti Kasim berikrar untuk meneruskan kerjanya dan pergi ke Kelantan untuk kes melibatkan komuniti itu pada Isnin, walaupun terdapat cubaan membunuhnya.

Dalam video strim langsung, Siti berkata terkejut dan bimbang selepas penemuan bom di bawah kenderaannya tetapi akan meneruskan kerjanya.

“Saya akan tetap pergi, tiada apa yang akan menghalang saya. Saya perlu berada di sana, saya perlu bersama rakan Orang Asli untuk menyokong dan membantu mereka,” katanya dalam video itu.

Kes itu membabitkan keluarga tujuh kanak-kanak Orang Asli yang hilang dari sekolah berasrama di SK Pos Tohoi, Gua Musang pada 23 Ogos 2015, yang memfailkan saman terhadap kerajaan dan lapan pegawai awam kerana cuai.

Empat daripada kanak-kanak itu meninggal dunia sebelum mereka ditemui.

Siti akan menjadi saksi pertama kes itu dalam perbicaraan empat hari yang dijadualkan di Mahkamah Tinggi Kota Bharu.

Polis semalam mengesahkan dua botol berisi wayar yang ditemui di bawah kereta Siti adalah alat letupan termampat (IED).

Ketua Polis Daerah Brickfields, Amihizam Abdul Shukor berkata, skuad bom berjaya melupuskan kedua-dua botol dipercayai IED itu.

Beliau berkata pakar akan menganalisis kandungan botol tersebut.

“Kami akan menjalankan pemeriksaan lanjut untuk mengetahui sama ada peranti itu aktif atau tidak,” katanya.

Amihizam berkata polis tidak mengambil kenyataan Siti.

“Setakat ini polis belum mengambil keterangan wanita terbabit namun secara lisan dia memberitahu tiada musuh.

“Bagaimanapun, kami akan menyiasat,” katanya. – 22 Julai, 2023

SALUT UNTUK

SITI KASIM

AMIN

SALUT UNTUK

ORANG BERANI

AMIN

BILA MUSUH

MENYERANG KITA

MAKNANYA APA

YANG KITA

LAKUKAN 

MENYENGAT

AMIN

BILA MUSUH

TAK AMBIL POT

ERTINYA

APA YANG KITA

BUAT ADALAH

SIA SIA SAJA

KHALAS

1 ulasan:

Amier The Hero berkata...

Den pun tabik dgn siti kassim ni. Biar la netizen nak kutuk dio apo pun, den tetap tabik dgn dio. Wanita yg berani hanyo utk lelaki yg lantang mcm TT ajo. Apo laie TT, deduo single. Dari lopehkan kat kipidap, baik TT jodohkan dgn TT ajo.