Sabtu, 12 Ogos 2023

ANAK MUDA SOKONG PERIKATAN


Pengundi muda masih sokong Perikatan, kata Ilham Centre

POLA sokongan pengundi muda dijangka akan terus menyokong Perikatan Nasional (PN) dalam pilihan raya negeri (PRN) esok, menurut tinjauan Ilham Centre.

“Pada keputusan Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15) lalu, pola sokongan anak muda terutama pada julat umur 18 tahun hingga 25 tahun memihak kepada PN. 

“Ternyata maklumat yang ditemui dalam kajian ini membuktikan pola itu masih kekal dan Pakatan Harapan (PH) menghadapi cabaran untuk menganjak dan menarik sokongan pada segmen ini,” kata badan pemikir itu dalam kenyataan hari ini.

Tambahnya, walaupun Perdana Menteri Anwar Ibrahim begitu agresif berdialog dan turun bertemu anak muda di kampus, ia tidak memadai untuk mengubah sokongan mereka secara drastik kepada kerajaan perpaduan.

Tinjauan Ilham Centre itu dijalankan dari 29 Julai sehingga 8 Ogos melibatkan 2,304 responden di enam negeri yang akan mengadakan PRN esok - Selangor, Negeri Sembilan, Pulau Pinang, Kedah, Kelantan dan Terengganu.

Kaji selidik juga melibatkan 48 responden dalam temu bual mendalam (in depth - interview) yang terdiri daripada kumpulan anak muda, pemimpin tempatan dan wanita.

Bagi kaji selidik secara tatap muka di lapangan, data dikumpul oleh enumerator menggunakan kaji selidik dan protokol temu bual separa berstruktur, kata Ilham Centre.

Menurut statistik dikeluarkan Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR), dijangka 4.9 juta pengundi muda berusia 18 hingga 39 tahun akan mengundi pada PRN di enam negeri esok.

Kata Ilham Centre lagi, sepanjang kajian mendalam dilakukan kepada kelompok ini, tiada tanda pergerakan sokongan yang signifikan kepada kerajaan perpaduan walaupun pelbagai rencana dilaksanakan.

“Program Temu Anwar, Jelajah Kampus, pemberian ewallet Belia RM 200 dan sebagainya, namun usaha-usaha ini belum cukup menarik minat serta melonjakkan sokongan anak muda secara menyeluruh.”

Tambahnya, pengundi muda juga tidak kekok berkongsi kecenderungan politik mereka secara terbuka malah kini lebih jelas menunjukkan pendirian politik masing-masing.

“Tiada istilah undi adalah rahsia, mereka merasa selesa menzahirkan sikap dan sokongan dalam PRN kali ini.

“Kecenderungan membuat keputusan mereka berbeza berdasarkan demografi, psikografi dan lokaliti,” kata badan pemikir itu.

PRN di enam negeri melibatkan 245 kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) dan Pilihan Raya Kecil (PRK) kerusi Parlimen Kuala Terengganu. 

Terdahulu, Ilham Centre meramalkan semua enam negeri kekal dengan pentadbiran sedia ada selepas PRN.

Tinjauannya mendapati gabungan PH dan Barisan Nasional (BN) kekal mentadbir di Pulau Pinang, Selangor dan Negeri Sembilan, manakala PN pula dijangka kekal menguasai Kedah, Kelantan dan Terengganu. – 11 Ogos 2023.


ANAK MUDA

MELIHAT SAPA

BANGUN MELAWAN

ADALAH COOL

AMIN

MELIHAT SAPA

BERSIKAP  TUA

ADALAH POYO

AMIN

ANAK MUDA

ANTI  KERAJAAN

AMIN

ANAK MUDA

BANGUN

MELAWAN

KHALAS

Tiada ulasan: