Khamis, 31 Ogos 2023

AWAS !!! INI BUKTI CHINA MERAH PENJAJAH BARU


Peta China: Malaysia hantar nota bantahan kepada China

PUTRAJAYA – Kerajaan akan menghantar nota bantahan kepada China berhubung tuntutan negara itu di Laut China Selatan, seperti yang digariskan dalam ‘Peta Standard China Edisi 2023’, yang turut meliputi kawasan maritim Malaysia.

Ditemui selepas menghadiri Sambutan Hari Kebangsaan 2023 di Dataran Putrajaya, di sini hari ini, Menteri Luar Dr Zambry Abdul Kadir berkata, tindakan tersebut, merupakan langkah susulan yang diambil kerajaan dalam isu berkenaan.

“Ini merupakan amalan kita (apabila berhadapan isu seperti ini)…dan berdasarkan kenyataan yang dikeluarkan oleh Wisma Putra semalam, langkah seterusnya termasuk menghantar nota bantahan,” katanya.

Kementerian Luar dalam kenyataan semalam memaklumkan, kerajaan tidak mengiktiraf tuntutan China di Laut China Selatan, seperti yang digariskan dalam ‘Peta Standard China Edisi 2023’, yang turut meliputi kawasan maritim Malaysia.

Peta itu sama sekali tidak mengikat Malaysia.

Kementerian Sumber Asli China pada Isnin mengeluarkan ‘Peta Standard China Edisi 2023’ yang turut meliputi kawasan maritim zon ekonomi eksklusif (EEZ) Malaysia berhampiran Sabah dan Sarawak, Brunei, Filipina, Indonesia dan Vietnam, selain beberapa kawasan di India. – BERNAMA


INI BUKTI

CHINA MERAH

PENJAJAH BARU

AMIN

SOALAN APA

JADI DGN 1.2 JUTA

WARAG CHINA MERAH

YANG LESAP

DALAM

TANAH MELAYU

AMIN

KHALAS

Tiada ulasan: