Logo kemerdekaan berbeza: Zahid sifatkan Fadhli gila
PUTRAJAYA – Ketua Pemuda Perikatan Nasional (PN), Ahmad Fadhli Shaari disifatkan tidak layak menjadi ahli Parlimen kerana mahu menggunakan tema dan logo berbeza bagi sambutan Hari Kebangsaan di empat negeri diperintah gabungan partinya.
Menurut Timbalan Perdana Menteri, Ahmad Zahid Hamidi, tindakan itu adalah disifatkan jumud apabila pendekatan patriotik tidak boleh dipolitikkan oleh mana-mana pihak.
“Dia ini gila ke apa? Ini bukan soal politik sebab soal bendera perayaan Hari Kebangsaan adalah acara nasional dan saya fikir jangan politikkan perkara ini.
“Saya fikir dia tidak layak jadi ahli Parlimen kalau sikap dia terlalu jumud,” katanya kepada media di Putrajaya hari ini.
Ahmad Zahid yang juga Presiden UMNO mengulas kenyataan Ahli Parlimen Pasir Mas yang berkata, PN bercadang untuk menggunakan menggunakan tema dan logo berbeza bagi sambutan Hari Kebangsaan di empat negeri diperintah gabungan itu.
Dalam pada itu, Ahmad Zahid menegaskan tidak semua perkara tidak boleh dipolitikkan.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan