Rabu, 2 Ogos 2023

KOREA ADA SAMSUNG PN ADA X-SAMSENG


Budaya samseng cerita lama, beri saya peluang, kata calon Pandan Indah

Calon Pandan Indah Fazil Mohamad Dali dari Perikatan Nasional (PN) enggan membiarkan sejarah silamnya yang dikaitkan dengan budaya samseng sebagai penghalang untuk berkhidmat kepada masyarakat.

Fazil yang lebih dikenali Ayahanda Cik Ton kecewa kerana pihak lawannya menjadikan isu lama sebagai “peluru politik” semata-mata untuk menimbulkan persepsi negatif terhadap PN.

Pengerusi Pertubuhan Amal ACT Malaysia (ACT) sejak 2013 memberi keyakinan kepadanya untuk terus berkhidmat kepada masyarakat dan berharap kerjanya di sana akan membantunya dalam usahanya memenangi kerusi Pandan Indah.

“Bagi saya, (sentimen budaya samseng) adalah strategi atau peluru untuk menembak PN supaya boleh dijadikan isu untuk menarik perhatian lawan. Biasalah tapi itu bukan isunya.

“Yang paling penting ialah pengorbanan dan matlamat kita yang boleh disampaikan kepada masyarakat untuk membantu memudahkan kehidupan seharian mereka,” katanya.

Ketika ditanya sama ada beliau tidak kisah dengan panggilan Ayahanda Cik Ton, Fazil berkata gelaran itu sudah sinonim dengan dirinya.

Lelaki berusia 49 tahun itu berkata beliau tidak akan mengambil mudah cabaran untuk bertanding walaupun mempunyai ramai pengikut di Tik Tok.

Bapa kepada 15 anak itu berkata, apabila tanggungjawab diberikan beliau tidak boleh menonjolkan popularitinya.

“Kita harus berjuang untuk berbuat baik kepada rakyat dan terpulang kepada orang ramai untuk menilai dan menerima saya.

“Jika mereka sayang saya maka mereka akan mengundi. Sekarang ini semua calon berjuang untuk mencapai matlamat yang sama iaitu untuk menang,” katanya.

Pandan Indah ditandingi penyandangnya Izham Hashim dari PH, Lisa Redzuan mewakili Muda dan calon bebas R Sivaneswaran.

Selangor antara lima negeri – Negeri Sembilan, Pulau Pinang, Kedah, Kelantan, Terengganu – yang akan mengadakan PRN pada 12 Ogos ini. – 2 Ogos, 2023.

WOIT

MASA MUDA

PERANGAI 

TAK JAGA

AMIN

BILA DEWASA

MERASA BALA

KHALAS

Tiada ulasan: