Ramai orang Melayu hilangkan kuasa politik – Abdul Hadi
SEREMBAN – Orang Melayu adalah paling ramai menghilangkan kuasa politik kerana sikap mereka yang kurang kesedaran keluar mengundi.
Presiden Pas, Abdul Hadi Awang berkata, situasi itu amat menyedihkan berbanding kaum lain yang lebih ramai menunaikan tanggungjawab mereka dalam proses pilihan raya.
“Kewajipan mengundi sangat besar dan yang menyedihkan kita kaum lain keluar mengundi 90 peratus tapi orang Melayu 70 peratus pasal ramai tak mahu mengundi.
“Masih tak sedar mengundi adalah kuasa politik, kalau kita tak mengundi bermakna kita menghilangkan kuasa politik kita,” katanya.
Beliau berkata demikian dalam ucapannya pada Majlis Munajat Akbar dan Jelajah Perikatan Nasional (PN) Best di Sendayan, malam tadi.
Hadir sama, Pengerusi PN Negeri Sembilan, Ahmad Faizal Azumu.
Mengulas lanjut, Abdul Hadi yang juga Ahli Parlimen Marang berkata, perjuangan rakyat di negara ini lebih mudah, berbeza dengan negara lain yang terpaksa mengangkat senjata untuk memilih pemimpin.
“Kita hanyalah berjuang dengan pangkah (undi) melalui pilihan raya, mudah sangat tapi yang mudah tu kita tak nak buat.
“Orang Melayu Islam termasuk bukan Islam yang tidak ekstrem perlu menyokong PN untuk membuat perubahan yang baik bukan berubah yang kacau bilau, bergaduh sesama sendiri,” katanya. –
Tiada ulasan:
Catat Ulasan