Sabtu, 26 Ogos 2023

TOKAN DADAH DITANGKAP



Dua lelaki didakwa edar dadah lebih 400kg, dianggar bernilai RM30.6 juta


IPOH – Dua lelaki didakwa di Mahkamah Majistret di sini hari ini atas empat pertuduhan mengedar dadah lebih 400 kilogram (kg).

Mengikut semua pertuduhan, Choong Boon Wah dan Seng Chun Leong, kedua-duanya 44 tahun, didakwa secara bersama mengedar 413.826 kg dadah jenis Nimetazepam (Erimin 5) di dalam tiga bilik dan ruang tengah sebuah rumah di Jalan Sri Klebang 2, Bandar Baru Sri Klebang, Chemor dekat sini, pada 9.15 pagi 15 Ogos lepas.

Mereka dituduh melakukan kesalahan di bawah Seksyen 39B (1) (a) Akta Dadah Berbahaya 1952 dan boleh dihukum di bawah Seksyen 39B(2) akta sama yang memperuntukkan hukuman mati atau penjara seumur hidup dan hendaklah jika tidak dihukum hukuman mati, dihukum dengan sebatan minimum 12 sebatan, jika sabit kesalahan.

Baru-baru ini, media melaporkan polis berjaya menumpaskan satu sindiket pengedaran dadah susulan penahanan dua lelaki, dan rampasan dadah jenis Erimin 5 yang dianggarkan bernilai RM30.6 juta, dalam satu serbuan di Klebang, Chemor dekat sini.

Tiada pengakuan direkodkan daripada kedua-dua tertuduh yang diwakili peguam Asyraaf Abu Bakar Hamzah. Pendakwaan dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya Nurul Hidayu Zakaria.

Majistret S. Punitha menetapkan 16 Nov untuk sebutan semula kes.

Sementara itu, di Mahkamah Majistret berasingan, kedua-dua tertuduh mengaku tidak bersalah atas pertuduhan memiliki dua laras senjata api tiruan berserta dua kelopak.

Choong dan Seng didakwa bersama-sama memiliki satu laras senjata api tiruan HK416 beserta satu kelopak dan satu laras senjata api tiruan HKMP5 beserta satu kelopak di lokasi dan tarikh yang sama pada 9.30 pagi.

Pertuduhan dikemukakan mengikut Seksyen 36 (1) Akta Senjata 1960 yang membawa hukuman penjara maksimum satu tahun atau denda tidak melebihi RM5,000 atau kedua-duanya sekali, jika sabit kesalahan.

Pendakwaan dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya Nur Aqilah Syaza Ariffin manakala kedua-dua tertuduh diwakili Asyraaf.

Majistret Jesseca Daimis menetapkan 6 Okt untuk sebutan semula kes.- BERNAMA


TOWKAY DADAH

CHINA

AMIN

PEMADAT MELAYU

APAKAH INI RASIS ?

AMIN

INI SAMSENG CHINA

ADA SENJATA

AMIN

DAPAT SUPPLY

DADAH

DARI CHINA MERAH

AMIN 

DGN DUIT AKAN

PAKAI PEGUAM

UNTUK LEPAS

KHALAS

1 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

Asal Babi lepas.. hagak hagak kau yg babi ni lepas jugak ka macam Nevin Tan anak tokey Judi tu..!?

Choong Boon Wah dan Seng Chun Leong, kedua-duanya 44 tahun, didakwa secara bersama mengedar 413.826 kg dadah jenis Nimetazepam (Erimin 5) di dalam tiga bilik dan ruang tengah sebuah rumah di Jalan Sri Klebang 2, Bandar Baru Sri Klebang, Chemor dekat sini, pada 9.15 pagi 15 Ogos lepas.

Mereka dituduh melakukan kesalahan di bawah Seksyen 39B (1) (a) Akta Dadah Berbahaya 1952 dan boleh dihukum di bawah Seksyen 39B(2) akta sama yang memperuntukkan hukuman mati atau penjara seumur hidup dan hendaklah jika tidak dihukum hukuman mati, dihukum dengan sebatan minimum 12 sebatan, jika sabit kesalahan.