Khamis, 7 September 2023

DAKWA ZAHID


PN tak masuk campur kes Ahmad Zahid masa tadbir negara


KUALA LUMPUR – Perikatan Nasional (PN) tidak pernah campur tangan dalam kes rasuah yang melibatkan Presiden UMNO, Zahid .

Presiden Parti Gerakan,  Dr. Dominic Lau Hoe Chai berkata, PN mempunyai prinsip menjunjung tinggi sistem kehakiman negara berbeza dengan  Anwar.

“Selepas Anwar jadi Perdana Menteri, pihak pendakwaan yang mewakili kerajaan perpaduan memohon kepada mahkamah untuk membebaskan  Zahid.

“Saya nak tanya pemimpin Pakatan Harapan, kenapa Zahid dilepaskan? Kenapa Jabatan Peguam Negara (AGC) menggugurkan pertuduhan? Rakyat mahukan jawapan daripada Anwar Ibrahim kerana AGC di bawah pentadbiran Perdana Menteri” katanya dalam satu kenyataan, hari ini.

Dominic berkata demikian bagi mengulas keputusan Mahkamah Tinggi semalam yang melepas tanpa membebaskan (DNAA), Ahmad Zahid atas 47 pertuduhan rasuah, pecah amanah dan pengubahan wang haram.


Hakim Datuk Collin Lawrence Sequerah (kini Hakim Mahkamah Rayuan) memutuskan demikian selepas membenarkan permohonan Jabatan Peguam Negara (AGC) agar prosiding perbicaraan diberhentikan bagi kesemua pertuduhan terhadap Timbalan Perdana Menteri itu.

Terdahulu, Ketua Bahagian Rayuan dan Perbicaraan Jabatan Peguam Negara (AGC),  Dusuki Mokhtar menggariskan 11 alasan bagi menyokong permohonan agar Ahmad Zahid dilepas tanpa dibebaskan bagi kesemua pertuduhan.

Dalam pada itu, Dominic berkata, selepas Pilihan Raya Umum (PRU15) lalu, PN mengumumkan bersedia untuk bekerjasama dengan Barisan Nasional (BN) tetapi dengan syarat Zahid meletak jawatan sebagai penerusi.

Namun, jelasnyua, ia amat berbeza dengan Anwar yang menegaskan kerjasama beliau tanpa syarat lalu membentuk kerajaan perpaduan.

Dominic menggesa pemimpin kerajaan campuran untuk berhenti menipu rakyat, menutup kebenaran dan membela Anwar. Hormati kedaulatan undang-undang dan sistem demokrasi supaya badan kehakiman bebas serta melindungi hak rakyat.

“Hanya dengan cara ini Malaysia boleh mendepani krisis politik dan mencapai perpaduan dan pembangunan negara,” katanya. 

WOIT

PARTI GERAKAN

INI JUJUR

AMIN

ZAMAN MUHYIDIN

ZAHID MINTA

DI BEBAS DARI

MUHYIDIN

AMIN

INI TELAH 

DI TOLAK

KHALAS

2 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

Gerakan ini wakil siapa? Siapa undi Gerakan? Berapa kerusi Gerakan ada? Ada kuasa apa gerakan selainnya dari hanya sebuah parti yang hilang sokongan rakyat? Tanya saja jangan marah, macam Muda sama saja tak ada kerusi satu saja nak gempak gelita kah kah kah ini perangai orang-orang politik sekarang, tak ada sokongan tapi setiap hari tanya soalan-soalan kah kah kah

Tanpa Nama berkata...

ph dap mana ada primsip.. semata2 kuasa. semua dalam ph dap pukimarx.. mat sabu tu paling pukimarx..