Asyik nak bubar kerajaan, bila boleh buat pindaan undang-undang – Azalina
KUALA LUMPUR – Kerajaan Perpaduan kini sedang berusaha untuk melakukan beberapa pindaan undang-undang termasuk melibatkan Akta Perlindungan Pemberi Maklumat 2010.
Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Undang-Undang dan Reformasi Institusi), Azalina Othman Said berkata, pindaan undang-undang boleh dilakukan namun mekanismenya itu selalunya mengambil masa lebih lama.
Namun, semua itu tidak akan ke mana sekiranya ada pihak yang cuba menjatuhkan kerajaan.
“Tapi Yang Berhormat, kalau selalunya nak bubar kerajaan, macam mana kami nak buat pindaan?”, celah Azalina.
Azalina berkata demikian mengulas pertanyaan Dr Dzulkefly Ahmad (PH – Kuala Selangor) yang bertanya bilakah pindaan tersebut dapat dilaksanakan.
“Saya yakin dengan komitmen menteri, dan jangan dibuat lagi runcit-runcit. Kita buat sekali gus. Tanya kawan-kawan sebelah sana, menteri…kawan-kawan kita sebelah sana. Kena ada kestabilan politik,” tanya Dzulkefly.
“Kalau setiap kali buat gerakan nak tukar kerajaan, susahlah begitu,” jelas Azalina.
Beliau berkata demikian dalam sesi penggulungan peringkat kementerian mengenai laporan Kajian Separuh Penggal (KSP) di bawah Rancangan Malaysia Ke 12 (RMK-12), hari ini.
1 ulasan:
Selagi ade la nama zahid, nama mat masan dgn tok mat... elok bebenor la digulingkan... lantok la.. duit tah kemana², lcs baru nak mula buat.. lemahhhhhhh...
Catat Ulasan