Rabu, 6 September 2023

JAWAPAN JUJUR DARI ANWAR IBRAHIM


Kes Zahid: Saya tidak campur tangan, kata Anwar

ANWAR Ibrahim menegaskan beliau tidak campur tangan berhubung keputusan mahkamah untuk melepas tanpa membebaskan (DNAA) d Zahid  daripada semua 47 pertuduhan dihadapinya.

Perdana menteri berkata peguam negara mempunyai kuasa sepenuhnya dalam mengendalikan kes tersebut.

“Jaksa agung (peguam negara) ada wewenang (kuasa) sepenuhnya dan diberikan alasan-alasan. Saya berikan wewenang kepada jaksa agung, kerana dia bicara tentang 200 halaman permohonan baharu oleh Zahid.

“...ini keputusan jaksa agung jadi saya tidak campur,” katanya apabila ditanya media tempatan mengenai isu tersebut selepas Program Temu Anwar di Jakarta malam tadi.

Ketika ditanya sama ada keputusan tersebut akan memberi persepsi tidak baik terhadap kerajaan, Anwar berkata ia tidak menjejaskan kredibiliti kerajaan dan menegaskan beliau tetap dengan pendiriannya yang keras membanteras rasuah.

Semalam Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur memutuskan untuk melepas tanpa membebaskan Ahmad Zahid daripada semua 47 pertuduhan pecah amanah, rasuah dan pengubahan wang haram yang berkaitan dengan dana Yayasan Akalbudi.

Hakim Collin Lawrence Sequerah membuat keputusan itu selepas mendengar 11 alasan yang dikemukakan oleh Timbalan Pendakwa Raya Mohd Dusuki Mokhtar untuk menghentikan prosiding kes berkenaan.

Ahmad Zahid sebelum ini menghantar surat representasi setebal 200 muka surat kepada Pejabat Peguam Negara (AGC), sebagai asas pertimbangan supaya pertuduhan terhadapnya digugurkan.

Surat representasi pertama dikemukakan pada Januari lepas manakala yang terbaru lengkap dengan fakta dan bukti baharu dihantar kepada AGC pada Februari. – Bernama, 5 September, 2023.


INI JAWAPAN

JUJUR DARI

PEMIMPIN ISLAM

YANG WARAK

YANG BOLEH IMAM

AMIN 

TAK PERLU

MASUK MASJID

TAK PERLU

 BERSUMPAH 

LAKNAT

AMIN 

KHALAS

Tiada ulasan: