Jumaat, 15 September 2023

LAGI IKLAN DEMO DARI POLIS


Polis tahan Chegubard

AKTIVIS politik Badrul Hisham Shaharin atau lebih dikenali sebagai Chegubard ditahan di luar ibu pejabat PAS di Kuala Lumpur hari ini.

Perkara itu disahkan kepada The Malaysian Insight oleh Ketua Pemuda Perikatan Nasional (PN) Ahmad Fadhli Shaari.

“Saya dimaklumkan Chegubard ditahan di luar pejabat PAS di KL.

“Tetapi saya tidak pasti untuk apa kerana saya tidak berada di KL untuk mengesahkan perkara itu,” katanya.

Badrul adalah ahli sekretariat perhimpunan “Selamatkan Malaysia”, perhimpunan membantah keputusan kontroversi oleh pihak pendakwaan untuk menarik kesemua 47 pertuduhan rasuah dalam perbicaraan Timbalan Perdana Menteri Ahmad Zahid Hamidi.

Perhimpunan itu dijadualkan diadakan di ibu kota pada 16 September.

Sementara itu, polis mengesahkan penahanan Badrul dan berkata ia tidak ada kaitan dengan perhimpunan itu.

Polis dalam satu kenyataan berkata kes itu berdasarkan video disiarkan di Tik Tok yang didakwa menunjukkan seorang lelaki digelar Che GuBard mengeluarkan kenyataan mengenai rundingan konflik sempadan Malaysia-Indonesia.

Beliau didakwa berkata Perdana Menteri Anwar Ibrahim menyerahkan blok Ambalat di Laut Sulawesi kepada Indonesia.

Blok Ambalat, kawasan seluas 15,000 kilometer persegi di tengah-tengah pertikaian wilayah di luar pantai Sabah memegang rizab minyak mentah terbesar dunia dan dipertahankan oleh Malaysia sejak sekian lama.

“Polis menahan Badrul di Jalan Raja Laut, Kuala Lumpur selepas mendapat waran daripada mahkamah majistret Kuala Lumpur berikutan keengganannya untuk bekerjasama dengan polis selepas dipanggil untuk membantu siasatan,” kata kenyataan polis itu.

Polis berkata Badrul disiasat mengikut Seksyen 500 Kanun Keseksaan dan Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia 1998.

Polis turut mengesahkan sebanyak lima kertas siasatan telah dibuka terhadap Badrul sejak Jun tahun ini. – 14 September, 2023.

 

BIJAK BIJAK

AMAT BIJAK

KAH KAH KAH

AMIN

DEMO DAPAT

IKLAN LAGI

KAH KAH KAH

PELIK KENAPA

POLIS BERI

BANYAK IKLAN

JENG JENG JENG

ADA APA APA KE?

KHALAS

TANGKAP KE

LARANG KE

KAH KAH KAH

SEMUA INI

IKLAN UNTUK

DEMO

AMIN

KHALAS

Tiada ulasan: