Suku Temiar rayu kerajaan Kelantan warta tanah Orang Asli Lojing
PENDUDUK Orang Asli suku Temiar di Kampung Kelaik, Pos Blau di Gua Musang, merayu kerajaan negeri agar mewartakan tanah adat buat mereka kerana gusar perkampungan itu akan terkubur ekoran pembukaan tanah bagi tujuan aktiviti agrikultur yang semakin meluas di lokasi berkenaan.
Penduduk Uda Busu, 42, mendakwa penempatan yang dahulunya mempunyai lebih 200 penduduk kini hanya tinggal hampir 100 penduduk kerana kebanyakan mereka terpaksa berpindah ke kawasan lombong bijih besi berhampiran akibat kekurangan sumber makanan dan hasil hutan.
Malah menurutnya, kini penempatan yang dihuni semenjak zaman nenek moyang mereka telah dikelilingi dengan pelbagai projek penanaman seperti ladang durian, kelapa sawit dan kebun sayur.
“Baru-baru ini kebun rambutan, getah dan durian penduduk di Kuala Cenroi (Pos Blau) telah dimusnahkan pihak syarikat dan tiada pampasan buat kami, untuk tuntut ganti rugi daripada siapa pun kami tidak tahu.
“Kalau tanah tempat tinggal kami diwartakan, tidak akan timbul masalah tetapi sekarang kami dilayan ibarat pendatang asing. Kami pun rakyat Malaysia, pihak berwajib sepatutnya datang berjumpa dengan kami untuk berbincang sebelum memberi kebenaran kepada syarikat yang terlibat,” katanya ketika ditemui pemberita di Kampung Kelaik, Pos Blau, baru-baru ini.
Bagi Billy Ibrahim, 39, pula beliau amat risau memikirkan nasib penduduk di penempatan terbabit dan memohon agar pewartaan tanah untuk tanah adat mereka diselesaikan segera.
“Kalau boleh kita minta tolong sangat kerjasama daripada mana-mana pihak yang berkuasa di Malaysia ini untuk mewartakan tanah dan hak adat Orang Asli Kampung Kelaik.
“Sekarang ini, kami semakin terhimpit dan mungkin selepas ini kita terpaksa tinggal di atas pokok, duduk bawah jambatan atau tepi jalan sedikit masa lagi,” katanya.
Timbalan Pengerusi Jaringan Kampung Orang Asli Kelantan (JKOAK) Nasir Dollah, 36, berkata pewartaan tanah Orang Asli akan memberi jaminan tanah di kampung masyarakat berkenaan tidak diceroboh.
“Bila tiada hitam putih sudah tentu kawasan yang kita anggap tanah Orang Asli itu akan diambil pada bila-bila masa. Kalau kita lihat dan dengar di lain negeri sudah ada pewartaan tapi di kampung kami memang tiada lagi,” katanya. – Bernama, 18 September, 2023.
5 ulasan:
Dulu tebang balak sampai licin, sekarang jual tanah kepada China Merah buat dusun durian, lepas itu nak jual apa lagi? Kah kah kah tengah viral isu dusun terbesar milik warga China Merah disusun di negeri serambi Mekah tak tahu kah? Kita pilih isu ikut selera saja kan? Kah kah kah
Setakat ini mana satu pemimpin PAS ada kaliber ada kelayakan ucapan pun caca meraba dengan karengga ayat ayat Arab ada hati nak pimpin negara kah? Kalau pandai kenapa minta Mahathir jadi penasihat, sendiri kena akui tiada kemampuan itulah baru steady kah kah kah semua jenama jaga masjid surau-surau bolehlah kah kah kah
Gwa pirtama kali Ke Gua Musang pada 1980. Jam tu Wilayah Gua Musang persis macam Anak Dara, udara nye nyaman, sungai nye jernih sejernihnye, tiada Jalanraya, tiadak Airpot .. kok lu nak ke Gua Musang lu kena berkeretatelapi atau berkolek.
Gwa ke Gua Musang sobab kono buek kajiang alternatif pembangunang. Jam tu Gua Musang, gadis nye manis2 belom di rosakan ontok sorok bulu. Gadis nye syok tinggok orang luar, mereka layan dingan masera sekali. Pakaian orang Cina dan melayu hampir sama .. merika berbatik yang lelaki otai suka bersemutar batik.
Seluruh daerah gwa kono kaver ontok kajian ini. Berboat nyelusuri Sg.Nigiri yg airnye bak kristal hingga ke simpadan Perak .. sambil dihiasi dengan pompuan Nigrito tak bercoli nangkap ikan. Gwa cakap Lu .. itu lah momen persekitaran paling indah yang gwa pirnah tinggok. Lantas dalam proposal Gwa, Gwa cadangkan Gua Musang perlu lah dikekalkang dalam keadaan sedia ada .. Sweden ada buat. Impak nye pelancong akan mari, tabur juta2 untuk melihat keindahan Gua Musang .. malang nye cadangan Gwa tu dijadikan bahan gelak ketawa ..kahkahkah.
Sikarang Gwa boley gelak pada mereka balik .. Kihkihkih .. air paip dah jadi teh tarik .. kahkahkah .. jomput minom ..
oit sakai..toksyah nak mencarut la..lu tak baca akta tanah kerajaan negeri? lu tak ingat kisah balak yg ditutup dgn sutut dan hudud? orang asal ni tiada hak dlm akta tanah kerajaan negeri.nak ubah akta macam mana kalo kerajaan negeri tiada pembangkang?kes ini lu taknak demo walaupun lu sakai.plan klise pasni adala orang asal akan demo di parlimen bersama2 PSM dan MUDA mengenai akta tanah kerajaan negeri yg MP2 bangang ni tau dan maklum bahawa kerajaan pusat tidak bole buat apa2 dgn akta di kerajaan negeri, lepas tu sakai akan api2kan kegagalan parlimen gagak membantu orang2 asal..mengolah persetujuan utk menibai kerajaan anwar..semuanya sudah dijangka.andai ilmu sakai dan org asal itu power, kenapa tidak disantau je MB kelantan dan kedah itu?mana pejuang2 tanah melayu? oh ya, orang asal itu bukan bani melayu..
alo sakai..ini la berkatnya kalo ketua ulama PN sekarang adalah mahathir anak kutty asal kerala.mahatir bukan saja sedang menyorok dgn kes songlap duit haram di bank taiwan,dibank of israel, malah mahatir juga sedang sembunyikan kes DNAA zahid tommy thomas.tukartiub juga tidak melaporkan isu ini kerana tukartiub sedang mengolah persetujuan utk merakan sjarah langkah sheraton ke2..jgn lupa bro, mengikut akta tanah kelantan, orang2 asal tiada hak atas tanah kerajaan negeri..oh ya lupa plak,orang asal tu bukan sakai dan bukan melayu..lu sakai ke melayu??
Catat Ulasan