Wan Rosdy minta pengundi tak balik untuk PRK Pelangai
MENTERI Besar Pahang Wan Rosdy Wan Ismail berkata beliau hanya meminta pengundi supaya tidak pulang mengundi pada Pilihan Raya Kecil Pelangai jika mereka tidak mahu memberikan undi kepada Barisan Nasional.
Wan Rosdy yang juga naib presiden Umno dilaporkan membuat permintaan itu ketika hadir satu majlis Barisan Nasional di Felda Chemomoi, Bentong, malam tadi.
Beliau dilaporkan memberitahu peneroka supaya menasihati anak-anak mereka yang tidak menetap di kawasan itu supaya tidak pulang mengundi jika mahu memberikan undi kepada calon bukan BN.
“Anak-anak kita yang berada di luar kalau dia tak bersama dengan kita tidak payah suruh balik. Biar duduk di kolumpo (Kuala Lumpur) je. Mengaco (mengacau) je. Biar kita je yang menguruskan kampung halaman kita,” katanya..
PRK Pelangai akan diadakan pada 7 Oktober menyaksikan pertandingan tiga penjuru antara calon Umno/BN Amizar Abu Adam, Perikatan Nasional (PN) Kasim Samat dan calon Bebas Haslihelmy DM Zulhasli. – 28 September, 2023.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan